ALOR GAJAH: Jabatan Pertanian sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) bagi mengeksport durian segar ke negara berkenaan yang dijangka diperoleh pada tahun hadapan.
Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori) Jabatan Pertanian Nor Sam Alwi berkata setakat ini, Malaysia hanya diberi lesen untuk mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji, ulas dan pes ke China berbanding Thailand dan Vietnam yang telah mendapat kelulusan mengeksport durian segar ke negara berkenaan.
Beliau berkata kebenaran berkenaan diharap diperoleh pada tahun hadapan sempena ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China sekali gus meningkatkan nilai eksport durian ke negara tersebut.
"China merupakan pasaran terbesar negara untuk eksport durian kerana rakyat negara berkenaan memang menggemarinya dan pengeksport utama raja buah berkenaan ke sana ialah Thailand, jadi kita akan cuba menembusi pasaran republik itu dengan mengeksport buah durian segar.
"Di sana, antara baka durian yang mendapat permintaan tinggi ialah Musang King dan Malaysia memang fokus terhadap tanaman Musang King untuk tujuan eksport dengan hampir 50 peratus daripada keseluruhan tanaman durian di negara ini ialah Musang King," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program lawatan GACC ke Kafu Group Durian Eco Farm yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kafu Group Datuk Wong Chong Lin.
Nor Sam berkata pengusaha tanaman durian di negara ini turut disaran bersiap sedia dalam pelbagai aspek bagi memastikan mereka berpeluang mengeksport durian segar ke China sekali gus meningkatkan nilai dan pasaran eksport masing-masing.
Mengenai lawatan GACC ke ladang durian berkenaan, beliau berkata ia bertujuan melihat secara dekat pengurusan ladang durian berkenaan termasuk aspek pengawalan haiwan perosak dan penyakit serta pengendalian selepas tuai.
Sementara itu, Wong berkata pihaknya bersedia memastikan segala aspek dan pematuhan yang ditetapkan untuk mengeksport durian segar ke China sekiranya diberi peluang dan mendapat lesen daripada GACC.
Beliau berkata ketika ini, ladang durian di bawah Kafu Group telah mendapat kuota mengeksport kira-kira 1,000 tan metrik setahun ke China dalam bentuk durian sejuk beku dan jumlah kuota berkenaan dijangka meningkat sekiranya mendapat kebenaran mengeksport durian segar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Nor Sam Alwi berkata kebenaran berkenaan diharap diperoleh pada tahun hadapan sempena ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China. - Foto fail/BERNAMA
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
KPM beri perhatian masalah keciciran murid - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan berkata usaha KPM menangani isu keciciran murid dilaksanakan melalui pendekatan holistik yang melibatkan pelaksanaan kerjasama pelbagai pihak.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 14 tahun, Oktober lalu. Tertuduh yang berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah hari ini.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga Rabu
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kemas kini terbaharu, amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi tadi memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-8, berkuat kuasa mulai Khamis minggu lalu lepas.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua Kementerian mula hari ini
Kerajaan memulakan inisiatif 'Pusingan Kerja Petugas Kaunter' melibatkan semua kementerian serta jabatan di bawah kementerian masing-masing bermula hari ini.
[TERKINI] Muhyiddin kekal pengakuan tak bersalah sebut kata hasut
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebut kata-kata berunsur hasutan semasa kempen PRK DUN Nenggiri, Kelantan, pada Ogos tahun lepas.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Faktor durian yang segar dan berkualiti tinggi menyebabkan raja buah itu mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat China di setiap outlet yang dijual.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Kerjasama Malaysia-China mudahkan proses eksport durian segar
Durian segar dibenarkan memasuki pasaran China mulai tahun ini, berbanding sebelum ini hanya durian sejuk beku boleh dieksport ke negara itu.
Malaysia mula eksport durian segar ke China
Malaysia mula mengeksport durian segar ke China hari ini, selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai.
Jabatan Pertanian tunggu kelulusan GACC eksport durian segar ke China
Jabatan Pertanian sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) bagi mengeksport durian segar ke negara berkenaan yang dijangka diperoleh pada tahun hadapan.