KUALA LUMPUR: Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak (JTS) memenangi Anugerah Pencapaian Khas (SAG) menerusi penggunaan Geographic Information System (GIS) pada Persidangan Pengguna ESRI 2022 di San Diego, California, Amerika Syarikat pada Khamis.
Anugerah diberikan kepada organisasi di seluruh dunia yang menggunapakai dan mengiktiraf teknologi GIS.
Menerusi kenyataan Unit Perhubungan Awam JTS, projek Electronic Land and Survey Information System (E-Lasis) dan Mobile Lasis dipilih menerima anugerah tersebut.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima anugerah itu daripada Presiden ESRI, Jack Dangermond.
“Anugerah SAG diberikan kepada pengguna di seluruh dunia bagi mengiktiraf pengoperasian cemerlang mereka menggunakan teknologi GIS.
“Projek JTS, Electronic Land and Survey Information System (eLASIS) dan Mobile LASIS terpilih menerima anugerah tersebut sekali gus menewaskan lebih 100,000 penyertaan yang lain,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, JTS pernah menerima beberapa anugerah lain termasuk ESRI Malaysia Geo Innovation Award 2021 dan Public Service Innovation Award 2020.
Sistem ini dibangunkan pada 24 Julai 2018 bagi menambah baik perkhidmatan kepada pengguna berhubung pentadbiran tanah selain memudahkan masyarakat melakukan sebarang urusan berkaitan secara dalam talian.
Kedua-dua aplikasi ini sudah mencatat hampir 37 ribu pengguna berdaftar dan urus niaga dalam taliannya kini mencatat peningkatan 42 peratus kepada hampir 258 ribu pengguna dengan catatan kutipan pada 2021 hampir RM7.8 juta yang juga mencatat peningkatan sebanyak 147 peratus.
Astro Awani
Fri Jul 15 2022

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima anugerah itu daripada Presiden ESRI, Jack Dangermond. Foto: Astro AWANI

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menang anugerah di Persidangan ESRI 2022
Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak (JTS) memenangi Anugerah Pencapaian Khas (SAG) menerusi penggunaan Geographic Information System (GIS) di San Diego, California.