SHAH ALAM : Pendatang baharu dalam dunia pencipta kandungan media sosial TikTok yang terkenal dengan nyanyian zikir dan video pendek berunsurkan hiburan serta isu semasa, Ikhmal Nour diumumkan sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Rising Star of The Year pada Ahad.
Ikhmal berkata, dia tidak menyangka terpilih menjadi salah seorang pemenang anugerah berprestij itu memandangkan kategori berkenaan adalah buat pendatang baharu yang berjaya mencipta nama dalam masa singkat.
Menurutnya, sikap sentiasa menjadi diri sendiri dalam kehidupan maya atau realiti menjadi antara faktor kemenangannya kerana masyarakat cenderung menyukai pencipta kandungan yang tidak berpura-pura dalam menyampaikan isi atau mesej.
“Tips yang boleh beri agak biasa didengari iaitu menjadi diri sendiri, namun bukan bermakna kita perlu kurang ajar atau terlepas cakap.
“Ia bermaksud menjadi diri sendiri dalam kehidupan realiti dan aplikasikannya dalam TikTok supaya orang ramai boleh tahu sifat sebenar content creator (pencipta kandungan) kerana mungkin unik bagi mereka,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.
Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.
Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Aeril Zafrel (Celebrity Creator of The Year), Anas Zahrin (Popular TikTok Shop Creator of the Year) serta Upin & Ipin (Popular Animation Account of the Year).
Selain itu, Tiger Labu (Popular Live Creator of the Year), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Eiqa Malek (Best of Entertainment, Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Sir Asai (Best of Education) dan Syifa Jamil (Best of Foodie). - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 28 2023
Ikhmal berkata, dia tidak menyangka terpilih menjadi salah seorang pemenang anugerah berprestij itu. - Gambar/ IG Ikhmal Nour
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour
Ikhmal Nour diumumkan sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Rising Star of The Year pada Ahad.