KUALA LUMPUR: Inisiatif Zoo Negara meletakkan papan tanda "Oyen" di hadapan kepungan tikus gergasi capybara bermula semalam diharap memudahkan pengunjung menemui kucing tular yang kini menjadi antara "bintang" utama destinasi pelancongan itu.
Naib Presidennya Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata sejak tular, kucing berbulu jingga yang digelar Oyen itu meraih populariti luar biasa susulan keunikannya "bersahabat" dan sudah menjadi seakan-akan rakan sekandang tikus gergasi berkenaan sejak dua atau tiga tahun lepas.
"Jadi apabila lihat ada nama Oyen mereka akan tertanya-tanya dan mencari tentang keunikan persahabatan dua haiwan ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Persahabatan dua haiwan yang berlainan spesies itu menjadi tarikan baharu Zoo Negara selepas video memaparkan Oyen yang merupakan kucing buangan dan capybara, tular menerusi media sosial beberapa kali sejurus zoo itu dibuka semula pada September 2021.
Video menunjukkan Oyen tidur atau memeluk capybara merupakan antara yang tular kerana menggambarkan kedua-dua haiwan itu harmoni tinggal di "rumah" yang sama, sekali gus menjadikan situasi itu unik dan jarang ditemui.
Mengulas lanjut, Rosly berkata pihak zoo juga bertindak menjaga kebajikan kucing berkenaan termasuk memberi makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya.
"Pada mulanya Oyen datang dengan sendiri dan akan menumpang makan makanan capybara yang diberi pekerja, tapi selepas itu kita juga menyediakan makanan kucing khas untuk Oyen.
"Oyen juga sukar didekati, kita cuba nak dekat tapi tak boleh nak pegang ia, jadi tahap kesihatannya dipantau melalui reaksi dan najisnya, tapi buat masa ini ia memang sihat," katanya sambil menambah jangka hayat kucing adalah kira-kira 15 tahun.
Video pemasangan papan tanda yang dimuat naik menerusi TikTok Zoo Negara semalam juga mendapat reaksi positif dan komen lucu netizen antaranya menyifatkan kucing itu "berjaya menjadi pemastautin atau penduduk tetap" zoo berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Video menunjukkan Oyen tidur atau memeluk capybara merupakan antara yang tular kerana menggambarkan kedua-dua haiwan itu harmoni tinggal di "rumah" yang sama. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.

Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.

'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.

Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan dibunuh kejam oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho.

Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan
Pengadu hanya sedar haiwan berkenaan berada dalam keadaan tergantung selepas sampai di klinik dan bertindak membukakan ikatan di lehernya.

Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.

Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.