PETALING JAYA: Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata menerusi bidang berkenaan rakyat mudah memperoleh pendapatan tinggi dan dapat membantu membangunkan serta memajukan negara.
"Negara lain maju kerana rakyatnya ramai jadi usahawan. Semakin ramai usahawan di sesebuah negara lagi cepat negara itu maju," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Prapelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2023 di sini, malam ini.
Ahmad berkata apa yang berlaku sekarang ada pemegang ijazah tetapi mendapat gaji taraf Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kita nak rakyat Malaysia pilih usahawan sebagai kerjaya utama," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad berkata Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) dalam usaha untuk mewartakan Hari Usahawan Negara (HUN) sebagai acara rasmi di negara ini.
Beliau berkata cadangan itu akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat pertimbangan dan persetujuan kerajaan bagi mewartakan ketetapan tarikh sambutan HUN.
"Usaha DPUKM kini untuk HUN diiktiraf sebagai satu acara rasmi negara seperti Hari Sukan Negara, Hari Belia, Hari Guru, Hari Pekerja dan sambutan rasmi hari-hari lain," katanya.
HUN 2023 akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai ini di Dataran Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menandatangani plak perasmian sempena Pra-Pelancaran Hari Usahawan Negara 2023 malam ini. - Foto BERNAMA
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya utama - Ahmad Maslan
Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.