KUALA LUMPUR:Polis menahan 18 lelaki dan seorang wanita warganegara China yang terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian dalam tiga serbuan berasingan pada 4 hingga 7 Disember lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan itu.
"Bertindak atas maklumat perjudian online pada 4 hingga 7 Disember 2020, sebanyak tiga serbuan telah dijalankan oleh sepasukan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
"Kesemua serbuan tersebut dijalankan di beberapa unit kondominium yang terletak di Jalan Danau Saujana, Setapak dan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
"Seramai 18 orang lelaki warganegara China dan seorang wanita warganegara China yang berusia di antara 21 hingga 39 tahun telah ditangkap dalam serbuan tersebut," katanya.
Hasil pemeriksaan di beberapa unit kondominium itu, polis merampas 15 komputer riba, 14 unit tetikus, tiga unit modem dan 49 telefon bimbit bernilai RM65,000 dipercayai digunakan bagi jenayah itu.
Kata beliau, modus operandi sindiket adalah dengan menghantar ratusan pesanan ringkas kepada pelanggan di negara China.
"Hasil siasatan lanjut mendapati modus operandi sindiket ini adalah mempromosikan judi online (JOL) bagi pasaran luar negara iaitu China dengan menggunakan aplikasi WeChat/ Whatapp/ QQChat.
"Ahli sindiket ini akan menghantar ratusan pesanan ringkas kepada pelanggan di negara China dan telah beroperasi hampir tiga bulan. Unitpunit kondominium yang dijadikan pusat operasi ini disewa dengan kadar RM1500 hingga RM5000 sebulan," katanya lagi.
Kesemua premis itu, tambah beliau, beroperasi setiap hari bermula pukuk 8 pagi hingga 8 malam mengikut syif.
Kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 21 Disember ini untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kegiatan mencurigakan di kawasan tempat tinggal masing-masing serta tidak terlibat dalam sebarang kegiatan perjudian haram yang boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.
Fareez Azman
Wed Dec 09 2020

Menurut Superintendan Rajab Ahad Ismail, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan perjudian dalam talian itu. - Gambar ihsan PDRM
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.