KUALA LUMPUR: Landskap bukan hanya bersifat estetika semata-mata, sebaliknya satu keperluan hidup dan merangkumi aspek pemerkasaan ekonomi dan sosial serta kemampanan alam sekitar, yang merupakan pra-syarat kepada kriteria sebuah negara maju.
Justeru, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kementerian melalui Jabatan Landskap Negara sedang giat memperkemas sistem jaringan landskap negara bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan, selari dengan agenda pembangunan mampan.
"Industri landskap tidak hanya boleh hanya dilihat sebagai pelengkap atau aksesori dalam pembangunan tetapi landskap boleh menjadi satu keutamaan dalam pembangunan yang kita laksanakan.
"Jika dilihat di negara maju, landskap menjadi tumpuan utama dan pembangunan berlaku di persekitarannya.
"Di Kuala Lumpur, kita sudah ada taman-taman yang agak besar tetapi cabarannya ialah bagaimana kita mahu seimbangkan dengan pembangunan yang ada," katanya selepas merasmikan Projek Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan di Setiawangsa, pada Ahad.
Projek pembangunan ini dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah pada tahun 2019.
Ia melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar.
Tambah Akmal, peningkatan jumlah penduduk yang semakin tinggi di kawasan bandar telah meningkatkan keperluan ruang hijau bandar dan berharap projek pembangunan itu akan dimanfaatkan penduduk sebaik mungkin.
KPKT katanya, akan terus memberi fokus kepada aspek daya huni yang menjadi satu instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitaran kehidupan.
Madiha Abdullah
Sun Aug 27 2023

Akmal Nasrullah berkata, pihaknya sedang giat memperkemaskan sistem jaringan landskap negara bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan. - Bernama

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE, dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Jadikan landskap keutamaan dalam pembangunan, bukan hanya aksesori
Akmal Nasrullah berkata, Jabatan Landskap Negara sedang giat memperkemas sistem jaringan landskap negara bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan.

Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.

Hari Kebangsaan: DBKL rugi RM700,000 akibat kerosakan landskap
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM700,000 akibat kerosakan landskap yang berlaku pada sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.

MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.

Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.

Balik Pulau destinasi pelancongan baharu di P. Pinang - Muhammad Bakhtiar
Pengunjung berpeluang meneroka keunikan alam semula jadi yang terdapat di Balik Pulau dengan berbasikal, menaiki bot dan merentasi hutan.

Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap
Menurutnya tidak mustahil Taman KLCC boleh berkekalan sehingga ratusan tahun seperti The Eden Garden di Cornwall, England yang merupakan antara taman tercantik dan popular dalam kalangan pelawat.

Tuntut RM80 juta untuk landskap rumah rasmi PM, TPM tapi...
Syarikat tersebut dikatakan tidak menyelenggara dan melakukan kerja dengan sempurna, namun membuat tuntutan penuh berkaitan projek itu.

Laman Serene ikon baharu Johor Bahru
Laman Serene dilihat sebagai satu bentuk transformasi terhadap pembangunan landskap bandar dan kawasan hijau selain dapat memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.

Khairy tepis cadangan guna pemain naturalisasi
Namun cadangan itu pantas ditepis oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang berpendapat perubahan mutu bola sepak negara bukanlah boleh dilakukan dalam hanya satu malam.