KUALA LUMPUR : Hampir 30 penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat menuju ke Singapura dari India, terlepas penerbangan mereka pada Rabu.
Situasi itu berlaku selepas jadual pesawat yang sepatutnya dinaiki mereka diawalkan akibat masalah cuaca.
Memetik laporan Channel News Asia (CNA), pesawat TR509 milik Scoot sepatutnya berlepas dari Amritsar, India pada jam 7.55 petang, bagaimanapun diawalkan pada pukul 3.45 petang waktu tempatan.
"29 penumpang terkesan dengan perubahan ini, dan mereka telah dimaklumkan pada 15 Januari menerusi emel dan mesej, yang mana turut disertai butiran panggilan," kata Scoot dalam kenyataannya.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan penumpang meluahkan rasa kecewa dan marah dengan situasi itu.
Mereka mendakwa tidak dimaklumkan mengenai penjadualan semula berkenaan dan telah memfailkan aduan kepada pihak berkuasa.
Pihak lapangan terbang bagaimanapun memberitahu, situasi berkenaan berlaku kerana penumpang terlibat itu tidak dimaklumkan oleh ejen mereka mengenai perubahan jadual penerbangan berkenaan.
Direktorat Penerbangan Awam India telah diarahkan untuk menyiasat insiden berkenaan.
Scoot dalam masa sama turut memohon maaf atas kejadian itu.
"Pihak kami sedang giat memberi bantuan sewajarnya kepada pelanggan yang terjejas," petik kenyataan syarikat penerbangan itu lagi.
Pada awal bulan, situasi sama berlaku kepada 55 penumpang lain di India, yang mana pesawat yang sepatutnya dinaiki berlepas ketika penumpang masih dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Mereka bagaimanapun diberikan pampasan tiket penerbangan percuma laluan domestik.
Agensi
Thu Jan 19 2023

Pesawat TR509 milik Scoot sepatutnya berlepas dari Amritsar, India pada jam 7.55 petang, bagaimanapun diawalkan pada pukul 3.45 petang waktu tempatan. - Fail/Facebook FlyScoot
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

STB, STATOS dan Scoot jalin kerjasama jadikan Sarawak destinasi 'bleisure'
Memorandum itu menandakan satu langkah penting dalam mempromosikan Sarawak dengan tawaran yang pelbagai meliputi lanskap pelancongan global.

Penerbangan Scoot ke LTAM beri impak positif kepada pelancongan Melaka
Selain mengaktifkan semula operasi LTAM, ia turut menjayakan hasrat kerajaan negeri dalam merealisasi kedatangan 18.7 juta pelancong.

Scoot terbang lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Oktober
Penerbangan ke Kertajati dan Melaka boleh didapati untuk tempahan mulai hari ini melalui laman web Scoot, aplikasi mudah alih dan saluran lain.

32 penumpang ke Singapura, penerbangan pertama dari Ipoh sejak PKP
Kesemua penumpang berlepas menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot TR481 pada pukul 1.10 petang Ahad.

Penerbangan langsung Kota Bharu-Singapura dibuka
Syarikat penerbangan Scoot memulakan operasi bagi penerbangan antara dua destinasi itu sebanyak tiga kali seminggu bermula hari ini.

I was pressured by Prime Minister's Office - Tony Fernandes
As Tan Sri Rafidah impact and popularity grew, the pressure grew exponentially. It was getting harder and harder to resist the pressure from the Prime Minister's Office.

Pesawat penumpang Singapura berpatah balik akibat ancaman bom
Angkatan Pertahanan Udara Singapura telah mengiringi pesawat itu kembali ke republik berkenaan.