KUALA LUMPUR:Semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama memperkasakan diri dengan penjagaan kesihatan mental dan menangani stigma terhadap penyakit mental, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kesihatan mental setiap orang boleh terkesan dengan pelbagai cara terutama dalam keadaan negara yang sedang bergelut mendepani cabaran pandemik COVID-19.
Justeru itu, katanya amat penting untuk masyarakat mempunyai pengetahuan bagi mengenal pasti gejala awal masalah kesihatan mental dan kemurungan agar bantuan dapat diberikan melalui program 'Let's TALK Minda Sihat' Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mulakan dengan bercakap dengan seseorang yang dipercayai iaitu T- Tell someone you trust about your problem (kongsi masalah dengan orang yang dipercayai); A- Ask for Help (Minta Bantuan); L- Listen without judgment (Dengar tanpa menghukum atau menghakimi) dan K- Know where to seek help (Tahu di mana untuk dapatkan bantuan).
BACA: COVID-19: 374 kes baharu, tiga korban dilaporkan hari ini
"Jangan menstigmakan penyakit ini sebaliknya kita perlu membantu orang yang kita sayang atau orang sekeliling untuk tampil mendapatkan bantuan bagi permasalahan yang dihadapi," katanya sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Okt setiap tahun.
Beliau berkata KKM turut menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial (MHPSS) dan talian sokongan bagi membantu masyarakat termasuk petugas barisan hadapan yang memerlukan perkhidmatan bantuan awal psikologi.
Selain itu, beliau berkata KKM akan terus bekerjasama dengan agensi lain seperti Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY), KSK- Care JAKIM, Talian KASIH dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam memastikan perkhidmatan sokongan psikososial yang bersepadu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Dr Noor Hisham berkata kesihatan mental setiap orang boleh terkesan dengan pelbagai cara terutama dalam keadaan negara yang sedang bergelut mendepani cabaran pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

'Dak Nor' tidak akan sia-siakan kepercayaan, harapan keluarga untuk terus sihat
Dak Nor bertekad untuk tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan keluarga, rakan-rakan serta penduduk Duyong yang ingin melihatnya terus sihat.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.