MELAKA: Atlet Jepun, Kakeru Nishiyama, Assel Kanay (Kazakhstan) dan Abdel Rahman Almasatfa (Jordan) menjadi antara juara bertahan bakal menjadi tumpuan pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, bermula 21 hingga 23 Julai ini.
Kejohanan tersebut merupakan medan terbaik setiap atlet membuat persiapan menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China September ini dan Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, Oktober ini.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata keseluruhan sebanyak 17 kategori dipertandingkan iaitu 11 kategori individu lelaki dan wanita dalam acara Kata dan Kumite mengikut kelas berat masing-masing dan enam kategori berpasukan Kata dan Kumite lelaki dan wanita.
"Jepun yang mengungguli pungutan pingat keseluruhan sebanyak 13 pingat (8 emas, 2 perak, 3 gangsa) pada edisi lepas di Uzbekistan pada Disember tahun lalu akan menghantar 23 atlet, Jordan 11 atlet dan Kazakhstan dengan seramai 19 atlet," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.
Nur Azmi berkata Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 juga akan berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia itu.
"Penganjuran kali ini bukan sahaja akan mendatangkan keterujaan dan persaingan yang hebat antara atlet dan pasukan pelbagai negara Asia malah dilihat sebagai platform mempromosi budaya, warisan dan semangat kesukanan dalam kalangan peminat dan negara yang bertanding.
"MAKAF amat menghargai sokongan dan berterima kasih kepada Persekutuan Karate Asia (AKF) dan Persekutuan Karate Dunia (WKF) di atas kepercayaan diberikan bagi menganjurkan kejohanan ini di Melaka," katanya.
Beliau berharap orang ramai dapat hadir ke venue menyaksikan persaingan atlet merebut kejuaraan pada kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Nur Azmi berkata Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 juga akan berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia itu. - Gambar fail/Astro ARENA
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Malaysia terus amal dasar berbaik dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat.
Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Jaguh kembali berentap pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Melaka
Ia medan terbaik atlet buat persiapan menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 di China September ini dan Kejohanan Dunia di Budapest, Oktober ini.