SEMABOK: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesan kegiatan sindiket pernikahan palsu membabitkan pasangan warga asing terutama etnik pelarian Rohingya di negeri berkenaan.
Pernikahan ekspres yang hanya bermodalkan RM450 bagi setiap pasangan itu terbongkar selepas jabatan itu menahan pasangan etnik Rohingya dan warga negara jiran dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau Senang, Semabok, awal pagi tadi.
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, dalam serbuan itu, pasangan berusia 30 tahun terbabit mengakui bernikah di sebuah rumah di Melaka yang dikendalikan oleh seorang ‘ustaz’.
Tambahnya, JAIM dalam pada itu juga akan membuka kertas siasatan berhubung kegiatan sindiket itu selepas menahan pasangan terbabit.
"JAIM sedang siasat tetapi dalam kes ini kita fokus kepada Seksyen 53 dahulu. Cuma pada hari ini, kita fokuskan tangkapan khalwat sahaja.
"Walau bagaimanapun untuk seksyen seterusnya yang melibatkan pernikahan pertama kali yang tidak sah itu akan diuruskan kertas siasatan.
"Memang kita tidak nafikan (kewujudan sindiket pernikahan ini), tetapi yang itu akan diuruskan dan disiasat semula oleh Jabatan Agama Islam Melaka ekoran daripada penemuan kes," kata Che Sukri.
Beliau ditemui media selepas mengetuai operasi bersepadu menggempur penempatan etnik Rohingya di Semabok awal pagi tadi.
Kata beliau, pasangan berkenaan gagal menunjukkan sijil nikah yang sah kepada penguat kuasa JAIM.
Ujarnya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan mendatangkan syak.
Sementara itu, operasi bersepadu selama tiga jam bermula 12 tengah malam itu melibatkan lima agensi termasuk polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Dalam operasi berkenaan, seramai 11 warga Nepal berusia di antara tiga dan 40 tahun ditahan selepas didapati tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.
Turut menyertai operasi berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Mohd Noor Helmy ketika ditemui selepas operasi itu berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk tempatan berhubung masalah sosial yang ditimbulkan etnik terbabit.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Feb 19 2023

Anggota penguat kuasa JAIM ketika operasi bersepadu menggempur penempatan etnik Rohingya di Semabok awal pagi tadi. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JAIM siasat sindiket nikah ekspres babitkan warga asing
Pernikahan ekspres yang hanya bermodalkan RM450 bagi setiap pasangan itu terbongkar selepas jabatan itu menahan pasangan etnik Rohingya dan warga negara jiran dalam serbuan di Pulau Senang.

'Bukan semua kahwin ekspres sah'
Jika ia menepati rukun nikah dan syarat rukun, maka perkahwinan itu sah mengikut syarak kerana hukum syarak dan enakmen undang-undang perlu berjalan serentak.