IPOH: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abd Halim mempertahankan tindakan jabatan itu menggempur aktiviti melibatkan golongan transgender bagi tujuan maksiat yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Harith Fadzilah berkata, pihaknya akan terus melaksanakan operasi mencegah sebarang kegiatan mungkar yang melibatkan isu moral dan ia akan dilakukan secara berkala.
"Prinsip kita mudah, JAIPk sendiri tidak suka nak lakukan tangkapan namun operasi mencegah aktiviti maksiat dan tidak bermoral ini akan diteruskan bagi mengekang kegiatan itu berleluasa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau memberi respons terhadap laporan media iaitu Justice for Sisters (JSF) yang mengecam penahanan lima individu transgender di Ipoh, Perak, dalam operasi JAIPk yang dinamakan sebagai "Op Cegah Pondan" baru-baru ini.
Pengasas Bersama JSF, Thilaga Sulatireh dilaporkan berkata, nama operasi itu amat biadab, merendahkan dan mencerminkan prasangka dan salah faham yang mendalam mengenai identiti gender selain mendakwa serbuan itu juga mencerminkan sikap tidak menghiraukan hak asasi manusia dan maruah diri.
Sementara itu, Harith Fadzilah berkata, isu LGBT adalah perkara yang amat ditentang agama dan jabatan tersebut komited melaksanakan sebarang tindakan untuk mengawalnya.
"Tiada niat merendahkan, kita berprinsip selagi mana tidak bertentangan dengan agama, prinsip moral termasuk budaya ketimuran maka kita tak perlu pun nak tangkap atau buat serbuan.
"Namun jika bertentangan maka kita akan ambil tindakan mengikut bidang kuasa dan perundangan sedia ada yang diberikan kepada kita," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abd Halim mempertahankan tindakan jabatan itu menggempur aktiviti melibatkan golongan transgender bagi tujuan maksiat yang dilaksanakan di negeri tersebut.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Tidak baca teks khutbah Jumaat: Empat imam digantung tugas, elaun ditahan - JAIPk
Empat imam digantung tugas dan elaun mereka ditahan selepas didapati tidak membaca teks khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.

JAIPk diminta siasat khatib tidak baca khutbah Jumaat disediakan
Seperti ada sesuatu yang tidak kena mengenai tindakan khatib terbabit apabila tidak membacakan teks khutbah yang disediakan oleh JAIPk.

Perak akur, terima pakai keputusan MKI GISB sesat
Kerajaan Perak menerima pakai keputusan MKI yang mengisytiharkan ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa GISB sebagai sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

Lawat rumah ibadat bukan Islam: JAIPk mohon maaf undang salah faham
Kesemua peserta terlibat sedang mengikuti kursus yang bertujuan meningkatkan kefahaman mereka mengenai hal ehwal aktiviti dakwah.

Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar - Mohd Na'im
Kursus Dakwah Harmoni dikendalikan UNITY dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang didakwa mengancam akidah anak bangsa adalah tohmahan tidak bersandarkan fakta sebenar

Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah
Siasatan mendapati, pasangan berkenaan telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.

JAIPk mulakan Ops Plastik Hitam
JAIPk mulakan Ops Plastik Hitam

Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM2.5 juta
Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM2,537,234.15 bagi pihak MAIPk di Istana Kinta.

JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan
Lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih pulangan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.