Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membangunkan Sistem Aplikasi Saringan Awal (i-HaQ) yang pertama seumpamanya di Malaysia, khusus untuk melancarkan proses permohonan pensijilan halal.
Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sistem ini dibangunkan sebagai aplikasi di atas talian dan boleh dijana secara terus menggunakan internet.
Tambahnya, ia membolehkan orang ramai membuat semakan secara automatik, mengikut elemen dan keperluan yang ditetapkan.
"Sistem ini membantu JAIPk mengelakkan sebarang tohmahan," katanya pada Rabu selepas melancarkan i-HaQ di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini.
Sistem tersebut dibangunkan dengan kerjasama Digital Perak Corporation Holdings.
"Sekarang boleh dikatakan di seluruh Malaysia berlaku kelewatan (proses permohonan). Mungkin masyarakat tak tahu di mana sebenarnya lewat.
"Jadi, sekarang kita kenal pasti, antara punca yang dikatakan lewat itu ialah pemohon kadang-kadang tidak mengambil berat.
"Contohnya, pihak jabatan minta dia betulkan apa yang patut, tetapi dia tidak betulkan. Katakan, pemohon nak sijil halal untuk kuetiau, tetapi didapati, minyak ada sijil halal, tepung tiada sijil halal, jadi, kena tolaklah.
"Dia akan tahu bahawa tepung itu belum ada sijil halal. Dia sendiri tahu dan dia sendiri akan betulkan," kata Mohd Yusop.
Ujarnya lagi, aplikasi itu turut membantu pihak industri dalam mengklasifikasikan permohonan Pensijilan Halal mengikut skim yang ditetapkan.
"Ia membantu mengurangkan masa yang diambil dalam proses permohonan Pensijilan Halal, kerana terdapat sistem saringan awal sebelum permohonan Pensijilan Halal dilakukan," ujarnya.
Sehingga kini, menurut Mohd Yusop, 800 permohonan sijil halal telah diluluskan di negeri Perak.
Ia melibatkan barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri, premis makanan, produk makanan dan rumah sembelih.
Aida Aziz
Wed Oct 30 2019

Mohd Yusop berkata, sistem itu membantu mengurangkan masa yang diambil dalam proses permohonan sijil halal, kerana terdapat sistem saringan awal sebelum ia dilakukan. - Astro AWANI

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

JAIPk lancar i-HaQ, pertama di Malaysia
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sistem ini dibangunkan sebagai aplikasi di atas talian dan boleh dijana secara terus menggunakan internet.