AMPANG:Pemilik akaun Facebook Ibu Yati dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk hadir ke pejabat jabatan itu esok bagi memberi penjelasan berhubung ajaran sesat yang dikaitkan dengannya.
Ditemui di rumahnya di sini, malam ini, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noorhayati Wan Alias, berkata dia bersama dua kenalannya menerima surat daripada Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan JAIS petang tadi.
Katanya, mereka bersedia untuk hadir dan memberi kerjasama sepenuhnya kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
"Sejak 28 Januari kenyataan oleh Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) menerusi YDP (Yang Dipertua) Nasrudin Hassan, menyatakan saya sesat... bawa agama Islam baharu, syahadah baharu, agama Melayu, ajaran Ibu Yati dan agama Islam... saya tidak pernah dipanggil (JAIS).
"(Petang tadi) dua pegawai JAIS menghantar surat untuk menghadiri sesi penjelasan kepada tiga daripada kami," jelasnya.
Katanya, surat daripada JAIS itu berkaitan isu yang diviralkan baru-baru ini.
BACA: Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
BACA: Siasatan ke atas ajaran 'agama Melayu' kini di peringkat akhir - Ahmad Marzuk
Sebelum ini, Nasrudin dilaporkan menasihatkan agar orang ramai tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang didakwa dibawa individu dikenali sebagai Ibu Yati, yang turut didakwanya menggunakan lafaz syahadah yang pelik.
Nasrudin turut dilaporkan berkata pihaknya tidak akan mengemukakan permohonan maaf kepada Ibu Yati susulan laporan polis yang dibuat wanita itu yang memberi Nasrudin tempoh tujuh hari untuk mengemukakan permohonan maaf kepadanya atas dakwaan yang dibuat Yadim.
Mengulas lanjut, Wan Noorhayati berkata, sebelum ini tiada mana-mana pihak berkuasa yang bertanya kepada mereka mengenai isu berkaitan ajaran sesat yang dikaitkan dengannya oleh Yadim.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Feb 02 2021

Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noorhayati Wan Alias, berkata dia bersama dua kenalannya menerima surat daripada Bahagian Penyelidikan Dan Pembagunan JAIS. - Gambar/ Astro AWANI

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Melaka kesan cubaan sebar ajaran 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.

Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"
Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun".

Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan
Ada dalam kalangan yang ditahan mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.

Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan.

Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Pesara bomba dipenjara enam bulan, denda RM4,500 ajar anak ajaran salah
Dia didakwa mengajar bahawa Abdullah Hashim adalah Imam Mahdi ketiga dan menyatakan al-Quran ditokok tambah oleh Saidina Umar, serta mengizinkan perkahwinan adik-beradik secara biologi.

JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion
Suspek ialah sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.

Lapan ajaran sesat dipantau, 12 dalam risikan - Zulkifli Hasan
Jakim akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISB.

Status fahaman GISB Wilayah Persekutuan dimuktamad Khamis ini - Mufti
Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat fatwa Wilayah Persekutuan.