SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan atau pekeliling menghalang sekolah di bawah kendalian jabatan itu daripada membaca qunut nazilah bagi mendoakan ketabahan kepada rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
"Elakkanlah menimbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan. Sebaliknya, umat Islam dan bukan Islam perlu disatukan atas nama kemanusiaan dan ukhuwah insaniah bagi bantu rakyat Palestin khususnya Gaza dalam malapetaka akibat kekejaman rejim aparteid zionis Israel," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Mohammad Fahmi berkata JAIS juga telah mengeluarkan pekeliling rasmi menyeru semua masjid dan surau di negeri itu untuk pelaksanaan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat maghrib dan isyak pada 26 Okt lepas.
Di samping itu, beliau turut menyambut baik cadangan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) yang menyarankan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menyumbang sebanyak RM5,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi DUN itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.
"Kita sambut baik cadangan sumbangan kepada Palestin oleh YB (Yang Berhormat) Bukit Lanjan semalam dan molek sumbangan itu disalurkan kepada tabung rasmi (bawah JAIS) iaitu Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI). Insya-Allah (akan) sampai ke Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
![JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700225362_MohammadFahmiNgah.jpg)
Mohammad Fahmi berkata JAIS juga telah mengeluarkan pekeliling menyeru semua masjid dan surau di Selangor untuk melaksanakan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat maghrib dan isyak pada 26 Okt lepas. - Gambar fail/BERNAMA
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721619691_tbForumJiwaMADANI.jpg)
Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim
Bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini dibuat di luar solat, bukan ketika perang dan bukan juga kerana musibah yang menimpa umat Islam secara umum.
![Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam - Pejabat Mufti WP Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam - Pejabat Mufti WP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721473378_tbBerdoaGeneric.jpg)
Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam - Pejabat Mufti WP
Pejabat Mufti WP menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.
![JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700225362_MohammadFahmiNgah.jpg)
JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
![Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664882348_solatsolatjenazah.jpg)
Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.
![Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardu - Mufti Perak Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardu - Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453533646_Harussani.jpg)
Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardu - Mufti Perak
Umat Islam digesa berdoa memohon agar umat Islam di Uighur diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.