PUTRAJAYA: Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting, supaya mereka tidak merasakan perbuatan itu begitu mudah dilakukan sewenang-wenangnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H berhubung isu itu, sudah tiba masanya untuk penguatkuasa sama ada pihak pengurusan agama atau polis, bertindak tegas dalam menanganinya.
"Saya akan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengadakan perbincangan dengan jabatan agama Islam negeri, khususnya bahagian penguatkuasaan untuk melihat dan bertindak secara bersama untuk menangani isu berkaitan dengan penyebaran ajaran sesat," katanya kepada media selepas majlis sambutan Maal Hijrah, di sini, hari ini.
Mohd Na'im berkata bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, beliau akan menghadap Seri Paduka Baginda dalam masa terdekat untuk mendapat perincian mengenai jawatankuasa khas yang perlu ditubuhkan bagi menangani isu penyebaran kandungan ajaran sesat.
Selain itu beliau berkata titah Seri Paduka Baginda mengenai keperluan pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu dan maklumat tepat, merupakan langkah penting ekoran cabaran kebanjiran maklumat melalui media sosial yang sukar dikawal.
"Perkara itu akan dibincangkan dengan JAKIM iaitu agensi agama peringkat Persekutuan yang melaraskan isu berkaitan agama. Memandangkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya pusat (rujukan agama) itu diwujudkan, kita akan lihat bagaimana pusat itu boleh dibentuk," katanya.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dalam titah Seri Paduka Baginda menggesa supaya tindakan penguatkuasaan ditingkatkan terhadap kandungan ajaran sesat, dan sebuah pusat rujukan agama disediakan untuk penyebaran ilmu dan maklumat tepat.
Mohd Na'im berkata beliau menyokong titah Yang di-Pertuan Agong yang mengajak rakyat khususnya pengguna media sosial menjaga akhlak dan bahasa dalam menggunakan platform itu untuk manfaat dan bukannya untuk jalan keburukan.
"Jadi sama-sama kita menjunjung titah (Seri Paduka Baginda) untuk menggunakan platform media sosial dengan cara baik, menghormati sesama kita dan membina perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum," katanya.
Terdahulu Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turut hadir Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.
Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah "Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI" yang merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan juga tema yang signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Mohd Na'im menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

BLACKMORES peroleh pensijilan halal JAKIM, perkukuh kepercayaan pengguna
BLACKMORES mencatat sejarah sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
JAKIM menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.