KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,000 syarikat Taiwan dalam industri halal telah memperoleh sijil halal dengan 80 peratus daripadanya diiktiraf of Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Timbalan Pengarah Pusat Halal Taiwan (THC), Lin Chia Yi berkata, ini adalah usaha mempromosi makanan halal Taiwan ke pasaran Muslim selain memberi jaminan kepada pelanggan Islam bahawa makanan yang disediakan adalah selamat dan halal untuk dimakan.
"Taiwan bukan negara Islam dan kami tidak memiliki begitu banyak produk halal jadi kami menggalakkan syarikat Taiwan agar memohon sijil halal supaya pelanggan rakyat Malaysia (yang beragama Islam) berasa selamat untuk mengambil makanan itu," katanya kepada media di Ekspo Taiwan 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, THC telah menjalin kerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal Berhad (HDC) serta bersama-sama menganjurkan Forum Halal Malaysia dan Taiwan di Taiwan bulan lepas dengan menjemput pakar HDC untuk menjelaskan mengenai pasaran Muslim, peraturan serta proses permohonan mendapatkan sijil halal.
"Kami juga mendapati bahawa pensijilan halal Malaysia dibangunkan dengan baik sekali," katanya.
Beliau berkata, ketika ini, THC bekerjasama dengan 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven) dalam mempromosi produk Taiwan dengan menganjurkan Festival Makanan Halal Taiwan di lebih 50 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara dan berharap dapat mencapai 200 kedai menjelang akhir tahun ini.
Lin berkata, kerjasama dengan pengimport dan pengedar tempatan juga antara strategi dalam mempromosi makanan halal Taiwan.
"Antara makanan halal Taiwan utama yang telah diimport ialah minuman berbuih, biskut tawar, mi segera, makanan dalam tin dan rempah-ratus. Yang terdapat di pavilion kami ialah madu asli, ekstrak ikan, teh labu air dan minyak cili," katanya.
Pengurus Syarikat Madu Lebah Green Up, Yu Ting Tseng pula berkata, produk Madu Lebah Du Du Jia adalah jenama platinum yang telah memperoleh sijil halalnya sejak tahun lepas dan berharap dapat menembusi pasaran Muslim bermula dengan Malaysia.
Bagi Pengurus Besar Pao Chi Chung Enterprises, John Ju, beliau adalah generasi ketiga syarikat pengeluar sos cili halal yang berhasrat meneroka pasaran halal di Malaysia kerana kebanyakan produk mereka lazimnya dibeli secara pukal oleh restoran Cina yang mesra Muslim.
Sempena Ekspo Taiwan itu, THC turut menganjurkan edisi kedua Peraduan Memasak Halal Taiwan dengan empat pasukan dua peserta mengambil bahagian dari dua universiti tempatan iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program kulinari.
Taste Titans dari UPM memenangi tempat pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta topi chef THC dan produk Taiwan. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023

Ini adalah antara usaha mempromosi makanan halal Taiwan ke pasaran Muslim selain memberi jaminan kepada pelanggan Islam. - FB Taiwan Expo in Malaysia

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.

Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.

Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM
Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela.

Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.

Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.

Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Keputusan hasil kajian berhubung isu sijil halal ini hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Pertimbang sijil halal di premis makanan ‘mesra Islam’ - MIC
Vigneswaran berkata sekatan itu hanya akan membawa kesan domino kepada asas perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.

Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.