Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memandang serius dakwaan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Papan, Gerik yang memiliki status 'Islam' pada kad pengenalan mereka meskipun tidak menganut agama itu.
Ketua Pengarahnya Prof Dr Juli Edo dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat negara ini mempunyai hak atau kebebasan menganut mana-mana agama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Jakoa memandang serius laporan mengenai masyarakat Orang Asli dari Kampung Sungai Papan, Gerik yang mendakwa kad pengenalan mereka berstatus Islam walaupun mereka sebenarnya tidak mendaftar atau mengucap kalimah syahadah sebagai bukti mereka telah menganut agama Islam.
"Kita perlu memelihara hak individu terutamanya berkaitan masyarakat Orang Asli kerana mereka merupakan kaum minoriti di negara ini dan kebebasan mereka perlu dihormati," katanya.
Sehubungan itu, Juli berkata pihaknya memohon agar pihak berkaitan mengambil inisiatif menyelesaikan segera isu tersebut dan berharap mereka lebih peka terutamanya sewaktu melakukan pendaftaran kad pengenalan bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019
PROF JULI: Kita perlu memelihara hak individu terutamanya berkaitan masyarakat Orang Asli kerana mereka merupakan kaum minoriti di negara ini dan kebebasan mereka perlu dihormati. - Foto BERNAMA
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.
JAKOA peruntuk RM450,000 bina telaga tiub di Kampung Orang Asli Merlong
JAKOA peruntukkan RM450,000 tahun ini bagi membina sistem bekalan air terawat di Kampung Orang Asli Merlong, menggunakan sumber telaga tiub.
Belanjawan 2024: Jakoa pastikan Orang Asli nikmati infrastruktur, prasarana lebih baik
Peruntukan RM333 juta kepada Jakoa tahun depan akan digunakan untuk pelaksanaan, penyediaan infrastruktur dan prasarana.
Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau dekat Pos Bihai, di sini, jam 9 pagi tadi.
JAKOA komited tingkatkan kesedaran vaksinasi
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memainkan peranan lebih besar bagi memastikan masyarakat Orang Asli turut menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.
Penerangan mengenai vaksin kepada Orang Asli akan dipertingkat - Saifuddin
Agensi dan jabatan di bawah kementeriannya akan mendekati golongan berkenaan dengan pelbagai kaedah bagi memberi penerangan mengenai vaksin.
3,511 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli terima bekalan bakul makanan
Agihan bantuan itu antaranya diberikan kepada empat lokasi di Pahang iaitu Kampung Orang Asli (KOA) Sg Tementong, KOA Sg Garam, KOA Sg Mutan dan KOA Sg Sekin.
Fasa kedua 'Bantuan Bakul Makanan Kepada Masyarakat Orang Asli' bermula hari ini
Fasa kedua Bantuan Bakul Makanan kepada 55,000 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta bermula hari ini.
Orang Asli huni tapak pelupusan: 'Kenapa letak JKOA bawah Jabatan Perpaduan?' - Hassan
Pemindahan itu melibatkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dari Kementerian Luar Bandar kepada Jabatan Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).