LAWAS: Rancangan pembinaan dan menaik taraf jalan raya yang menghubungkan laluan dari pintu masuk sempadan Malaysia-Indonesia hingga ke Long Lopeng bakal membawa perubahan besar bagi kawasan Ba'kelalan di sini.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata projek itu, yang menggunakan peruntukan RM80 juta di bawah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), akan diintegrasi dengan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR).
Beliau berkata kemudahan jalan raya yang berkualiti akan membuka peluang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi penduduk kampung di sepanjang laluan itu sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.
"Jaringan jalan raya amat penting. Kawasan Ba'kelalan amat strategik iaitu di sempadan negara jiran selain mempunyai potensi besar meningkatkan pemasaran produk pertanian dan ekopelancongan," katanya kepada Bernama.
Baru-Baru ini, beliau meninjau kawasan sempadan Malaysia-Indonesia berhampiran Puneng Kelalan di Sarawak dan Long Midang di Kalimantan selama tiga hari dengan disertai Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.
Awang Tengah berkata apabila ada jalan yang baik, ramai akan menggunakannya untuk memudahkan penghantaran produk pertanian ke kawasan bandar dan ke negara jiran sekali gus sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
"Projek ini akan mempunyai jalan standard R3 dan bukannya R2 dan saya akan mencadangkan supaya kerja pembinaan dilakukan dari sempadan ke Long Lopeng seterusnya disambung dengan SSRL dari Lawas ke Long Lopeng," katanya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu turut mengarahkan Jabatan Pengaliran dan Saliran mempercepat pelaksanaan projek tersebut yang boleh dilakukan serentak dengan SSLR.
"Pembinaan serentak jalan ini dengan SSLR di bawah Jabatan Kerja Raya akan mempercepat cadangan sambungan di Long Lopeng termasuk jalan masuk ke kampung yang tersenarai di sepanjang laluan tersebut," katanya.
Beliau berkata pembinaan jalan baharu itu sekali gus akan memudahkan inisiatif kerajaan negeri dalam penyediaan bekalan elektrik dan air bersih bagi kawasan luar bandar dan pedalaman dapat dilaksanakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Sari itu juga berkata pembinaan jalan raya tersebut akan memudahkan penyediaan prasarana menara telekomunikasi yang sekali gus dapat memacu perkembangan pendidikan dan ekonomi digital rakyat tempatan.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sarawak yang diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa memastikan keperluan rakyat khususnya pembangunan infrastruktur diberi keutamaan.
Katanya usaha itu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri bagi memastikan rakyat Sarawak menikmati kemudahan pembangunan ke arah menjadikan bumi Kenyalang sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
![Jalan baharu ubah masa depan rakyat Ba'kelalan - Awang Tengah Jalan baharu ubah masa depan rakyat Ba'kelalan - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636002062_awangtengahali.jpg)
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata projek itu, yang menggunakan peruntukan RM80 juta di bawah Kerajaan Persekutuan, akan diintegrasi dengan projek SSLR. - Gambar fail
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
![Jalan baharu ubah masa depan rakyat Ba'kelalan - Awang Tengah Jalan baharu ubah masa depan rakyat Ba'kelalan - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636002062_awangtengahali.jpg)
Jalan baharu ubah masa depan rakyat Ba'kelalan - Awang Tengah
Rancangan pembinaan dan menaik taraf jalan raya yang menghubungkan laluan dari pintu masuk sempadan Malaysia-Indonesia hingga ke Long Lopeng bakal membawa perubahan besar bagi kawasan Ba'kelalan.