JERANTUT: Dua laluan utama di daerah Jerantut ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan seberat di bawah satu tan mulai hari ini.
Laluan yang ditutup itu, Jalan Benta-Jerantut berdekatan Pejabat Felcra Jaya Putra, Laluan FT64, Seksyen 35.10, ditutup kepada semua jenis kenderaan berat dalam tempoh hampir empat bulan berikutan terdapat kerosakan pada pembetung dan struktur jalan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abd Rahman Mohamad berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut telah memberi notis berkaitan kerosakan jalan persekutuan itu yang terletak berdekatan kawasan Damak, Jerantut yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan di bawah satu tan sahaja.
"Akibat kerosakan tersebut, laluan itu ditutup kepada kenderaan berat mulai 24 Januari hingga 23 April ini kerana kerja membaik pulih pembetung dan kerosakan jalan akan dilakukan dalam tempoh tersebut.
“Kerosakan jalan ini berlaku berdekatan simpang masuk ke Felda Lepar Utara 9, 11 dan 12 dan pula ditutup untuk kerja membaik pulih mulai 24 Januari sehingga 5 Februari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif FT234, Jalan Sungai Jan, Jerantut - Kuala Lipis dan Jalan Kerambit - Limau Purut - Mela, manakala notis makluman dan pelan laluan alternatif sedang dikemas kini dan akan dihebahkan.
Katanya, penutupan sebelah laluan jalan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya sambil berharap pengguna jalan raya mematuhi papan tanda dan arahan yang telah disediakan atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Jerantut menerusi talian 09-2663040.
Manakala, Jalan Kota Gelanggi ke Felda Lepar Utara juga akan ditutup kepada kenderaan berat dan cuma satu laluan dibuka untuk kenderaan bawah satu tan di sebelah lorong Laluan FT1524 ekoran terdapat kerosakan pada pembentung dan struktur jalan.
“Laluan sementara akan dibuka sebagai alternatif untuk kenderaan berat bawah satu tan untuk berulang alik dari ketiga-tiga buah Felda tersebut dan kawasan berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan kerosakan di dua buah laluan tersebut dan berharap pengguna jalan raya berhari-hati dan berwaspada khususnya kenderaan ringan di bawah satu tan yang melalui kawasan tersebut.
"Anggota polis juga akan kerap membuat pemantauan di kedua laluan tersebut, manakala pihak berkenaan perlu memasang papan tanda lebih awal di kedua penghujung masuk ke laluan tersebut bagi mengelakkan kenderaan dikhuatiri terbabas ke kawasan hutan dan cerun di samping kemalangan lain," katanya.
Amirah Nordin
Wed Jan 25 2023

Laluan Benta ke Jerantut yang mengalami kerosakan pembetung dan struktur jalan ditutup kepada kenderaan berat. - Foto ihsan JKR Jerantut

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.

KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Lebih 30 jalan di ibu negara akan ditutup atau dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.

Jalan sekitar Ipoh ditutup bermula esok sempena sambutan Hari Kebangsaan
Perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.

Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang sambutan Hari Pahlawan berlangsung.

PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.

2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini - NADMA
Beberapa sungai didapati masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir.