GEORGE TOWN: Beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dan dilencongkan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) yang melibatkan jarak sepanjang 42 kilometer (km) pada Ahad ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata acara larian itu, akan melalui jalan di kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai.
"Penutupan dan lencongan akan ditutup secara berperingkat bermula 11 malam Sabtu (10 Dis) hingga 10 pagi Ahad (11 Dis) dan seramai 300 pegawai serta anggota polis akan terlibat membantu penganjur dalam penugasan bagi melancarkan acara dan lalu lintas sepanjang tempoh tersebut.
"Bagi daerah Timur Laut, jalan yang akan ditutup ialah sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu iaitu dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Bayan Indah, dan dari Georgetown menghala ke Bayan lepas serta Jambatan Pulau Pinang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Fisol berkata bagi daerah Barat Daya pula, semua jalan yang ditutup tertumpu di kawasan Quensbay dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Georgetown, manakala semua kenderaan yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Batu Maung, akan dilencongkan ke Jalan Sultan Azlan Shah.
POLIS-JALAN (TUTUP) 2 (AKHIR) GEORGE TOWN
Beliau berkata di daerah Seberang Perai Tengah pula, kenderaan yang mahu ke bahagian pulau iaitu dari Lebuhraya Utara Selatan, akan dilencongkan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Fisol berkata pengguna jalan raya yang bercadang menggunakan jalan-jalan terlibat, diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jalan atau laluan alternatif yang lain serta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas, kerana pihaknya menjangkakan aliran trafik meningkat berikutan musim cuti sekolah dan terdapat beberapa acara besar di bahagian pulau.
"Orang ramai yang ingin menyaksikan atau menyertai PBIM, dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan oleh penganjur, malah mereka juga dinasihatkan menggunakan sistem pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak penganjur bagi mengelakkan kesesakan," katanya.
Beliau berkata pengguna jalan raya juga boleh menggunakan aplikasi waze untuk mendapatkan laluan alternatif, kerana pihak polis telah bekerjasama dengan pengendali aplikasi tersebut berhubung penutupan jalan sepanjang acara PBIM tersebut.
PBIM acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung membuat kemunculan semula dengan larian fizikal tahun ini, selepas berehat selama dua tahun dan difahamkan seramai 26,000 peserta telah mendaftar.
Kategori perlumbaan termasuk Marathon Penuh (42km), Half Marathon (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Acara larian itu, akan melalui jalan di kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai. - Foto fail/BERNAMA

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

PBIM kembali dengan penyertaan hampir 26,000 peserta
Yeoh berkata acara PBIM 2022 diadakan bukan sahaja untuk mempromosikan maraton, tetapi juga memulihkan ekonomi negeri selain merancakkan sektor pelancongan.

Jalan di Pulau Pinang ditutup sempena maraton Ahad ini
Beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dan dilencongkan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini
Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) pada Ahad ini bermula dari 12 tengah malam sehingga 10 pagi.

Pulau Pinang batal semua aktiviti, sambutan perayaan tahun ini
Pulau Pinang membatalkan semua aktiviti dan sambutan perayaan sehingga hujung tahun ini berikutan situasi semasa negara yang sedang berdepan pandemik COVID-19.