CAMERON HIGHLANDS: Laluan Pos Betau-Lembah Bertam menghubungkan Pekan Ringlet dan Sungai Koyan yang mengalami runtuhan sebelum ini dijangka dibuka semula untuk semua kenderaan pada Julai nanti.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, buat masa ini kerja-kerja untuk membaik pulih laluan berkenaan sedang giat dijalankan dan hanya motosikal dibenarkan melalui jalan terbabit.
"Kita telah mendengar taklimat daripada pihak bertanggungjawab mengenai kerja-kerja baik pulih laluan ini dan mereka maklumkan ianya akan siap dalam tempoh dua bulan ini.
“Kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan supaya komunikasi di antara Jalan Felda Sungau Koyan ke Ringlet, Cameron Highlands dapat siap sepenuhnya serta kenderaan bebas untuk melaluinya," katanya ketika lawatan ke laluan FT102 Seksyen 18.650 – 19.650, Jalan Pos Betau - Lembah Bertam di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khairulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, dan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Cameron Highlands, Noor Irwan Othman.
Beliau berkata, penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut setiap hari tidak perlu bimbang kerana pihaknya sentiasa memantau kemajuan projek supaya ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
“Kita akan membuka satu lorong semasa kerja-kerja baik pulih dibuat yang akan digunakan oleh penunggang motosikal. Kalau ikutkan tempoh tujuh bulan diperlukan bagi kerja pembaikan sepenuhnya," jelasnya.
Sebelum ini laluan FT102 Seksyen 18.650 – 19.650, Jalan Pos Betau - Lembah Bertam diarahkan tutup sepenuhnya oleh pihak JKR berkuat kuasa 30 April sehingga 30 Mei 2022 berikutan struktur jalan yang mendap di Seksyen 19.150 namun dilanjutkan sehingga Julai ini.
Orang ramai yang ingin ke Cameron Highlands boleh menggunakan laluan alternatif iaitu laluan dari Tapah ke Ringlet; laluan dari Simpang Pulai; atau laluan dari Gua Musang ke Lojing.
Ifti Femida
Sun May 22 2022
Laluan FT102 Seksyen 18.650 19.650, Jalan Pos Betau - Lembah Bertam diarahkan tutup sepenuhnya oleh pihak JKR berkuat kuasa 30 April lalu. - Astro AWANI
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.