Jalan Petaling wajar dijadikan tempat persinggahan wajib pelancong asing terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun, kata Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.
Beliau berkata selain sebagai tapak warisan bersejarah di negara ini, pelancong terutama dari China dan Taiwan juga dapat merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina menerusi festival yang diadakan di sini setiap tahun.
"Selain sebagai kawasan tumpuan pelancong, Jalan Petaling turut merupakan salah satu tempat bersejarah yang menyaksikan masyarakat Cina bertapak di Tanah Melayu sejak lebih 200 tahun lalu.
"Sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia lain daripada yang lain kerana ia disambut oleh masyarakat pelbagai kaum, jadi ia turut dapat menyerlahkan budaya berbilang kaum di negara ini sekali gus meningkatkan kadar pelancong asing ke negara ini khususnya di ibu kota," katanya ketika berucap merasmikan "2019 Petaling Street Lunar New Year Festival" di sini, pada Jumaat.
Festival yang berlangsung Jumaat hingga Ahad, menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan termasuk tarian singa, demonstrasi membuat kuih tradisional, 'puppet show' serta gerai-gerai yang turut menjual alat perhiasan Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee berkata festival yang berlangsung selama tiga hari itu diharap dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Jalan Petaling.
"Kebanyakan peniaga dan penjaja di Jalan Petaling merungut perniagaan mereka tidak begitu bagus sejak beberapa bulan lepas yang menyebabkan penurunan 30 peratus kunjungan pelancong asing.
"Festival ini diharapkan dapat mengembalikan kadar kunjungan pelancong sekali gus dapat meningkatkan perniagaan penjaja-penjaja di Jalan Petaling," katanya.
Ang berkata usaha badan bukan kerajaan serta penduduk masyarakat Cina di sekitar Jalan Petaling mengekalkan sosiobudayanya sejak sekian lama, tidak memadai jika tiada sokongan daripada kerajaan.
"Agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Wilayah harus memberi tumpuan dari segi pembangunan fasiliti di sekitar Jalan Petaling bagi meningkatkan industri pelancongan sekali gus memantapkan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 25 2019

Fong Kui Lun (tiga, kanan) dan Datuk Ang Say Tee (tiga, kiri) merasmikan '2019 Petaling Street Lunar New Year Festival' di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, 25 Jan, 2019. --fotoBERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Jalan Petaling wajib dikunjungi ketika sambutan Tahun Baharu Cina - Fong
Selain sebagai tapak warisan bersejarah di negara ini, pelancong terutama dari China dan Taiwan juga dapat merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina menerusi festival yang diadakan di sini setiap