ISKANDAR PUTERI: Lokasi jalan rosak yang belum dibaik pulih di seluruh Johor masih berbaki 979 daripada 2,642 lokasi yang dikenal pasti dalam tempoh dua tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
"Insya-Allah momentum ini telah pun dirasai di sesetengah kawasan sebagai contoh jalan Kota Tinggi- Mersing dan Lebuhraya Pasir Gudang," katanya dalam penggulungan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini semalam.
Mohamad Fazli berkata isu kekurangan anggota untuk tujuan kerja-kerja pemantauan sentiasa menjadi cabaran bagi pihak kerajaan.
Menurutnya tugas itu penting bagi memantau kualiti kerja, spesifikasi bahan, prosedur operasi standard (SOP) dan tempoh siap sesebuah projek.
"Bagi mengatasi kekurangan ini, perunding dilantik bagi mewakili kerajaan untuk memantau semua aspek tersebut," katanya.
Mengenai banjir kilat yang sering berlaku di Johor, Mohamad Fazli berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengenal pasti lokasi atau 'hotspot' banjir tersebut.
"Saya telah mencadangkan supaya kerja-kerja penyelenggaraan parit tidak dibuat secara pukul rata dan hendaklah dilakukan sekerap mungkin terutama bagi kawasan hotspot banjir," katanya.
Beliau berkata koordinasi juga penting kerana kerja-kerja naik taraf perlu dilakukan secara menyeluruh supaya tiada berlaku 'bottleneck' akibat saiz parit atau saliran yang berbeza dan tidak mampu menampung kapasiti air banyak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Mohamad Fazli berkata isu kekurangan anggota untuk tujuan kerja-kerja pemantauan sentiasa menjadi cabaran bagi pihak kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.

ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).

Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco
Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.

Tunku Mahkota Ismail bincang isu libat pintu masuk darat Malaysia-Singapura
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan membincangkan pelbagai isu melibatkan dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Johor akan naik taraf jalan guna teknologi 'glow in the dark'
JKR Johor akan menyenaraikan dan menilai jalan raya untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark, sebelum hujung tahun ini.

Johor bentang kertas kerja bina LRT selepas mesyuarat 30 Nov ini - Exco
Mesyuarat membabitkan pelbagai agensi terlibat itu akan memperhalusi cadangan projek berkenaan yang dianggarkan bernilai RM20 bilion.

RM935 juta diperuntukkan ganti 1,000km paip lama di Johor
Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program penggantian kira-kira 1,000 kilometer (km) paip lama yang berusia lebih 40 tahun di seluruh negeri ini.

Pembinaan RTS ikut jadual, capai kemajuan 41 peratus setakat Jun
Berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam berimpak tinggi berkenaan diyakini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2026.

Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 32.42 peratus - Exco
Kerajaan negeri komited memastikan projek pengangkutan awam berimpak tinggi itu akan mula beroperasi pada 2027.

Johor, SPAN bincang percepat baik pulih 6,000km paip lama
Tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000km paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.