Penduduk sekitar Jemaluang meminta pihak yang terbabit supaya segera membaik pulih laluan yang terlibat dengan jalan runtuh di KM16 Jalan Jemaluang-Mersing di sini.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi mendapati jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan kerana retakan melibatkan kedua-dua hala.
Penduduk Tenggaroh 6, Mohd Kassim Yusoff berkata laluan ini adalah jalan utama yang menghubungkan penduduk dengan bandar Mersing.
Katanya, perjalanan dari Jemaluang ke Mersing hanya mengambil masa 20 minit tetapi akibat kejadian ini, penduduk terpaksa mengikut jalan alternatif Jalan Jemaluang-Jalan Nitar Utama yang mengambil masa hampir satu jam.
"Memang susah kerana jarak perjalanan sudah berganda-ganda. Saya pula kena pergi buat rawatan dialisis tiga kali seminggu, kini terpaksa mengikut jalan jauh kerana tiada alternatif lain," katanya.
BACA: Kereta jatuh gaung akibat jalan runtuh, warga emas cedera
Bagi penduduk Jemaluang, Lee Ah Chong berharap pihak bertanggungjawab tidak mengambil masa yang lama untuk membaiki jalan terbabit.
Katanya, mereka boleh menggunakan jalan alternatif untuk tempoh dua atau tiga hari tetapi bukan untuk tempoh yang lama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing menggesa orang awam supaya mematuhi nasihat jalan raya yang telah dikeluarkan.
"Saya ingin menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi tanda-tanda jalan dan bagi elakkan kemalangan, pandu dengan berhati-hati. Elakkan daripada memerhati atau melengahkan perjalanan di jalan alternatif yang ada," katanya.
Dalam kejadian 2.30 pagi pada Isnin, berlaku kejadian tanah runtuh di jalan utama Jemeluang-Mersing yang melibatkan kedalaman cerun 15 meter dengan keluasan 70 meter.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berumur 60 tahun cedera ringan apabila kereta yang dipandunya masuk ke dalam gaung akibat tanah runtuh.
Astro Awani
Mon Jan 15 2018
![Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515991292_tanahruntuh.jpg)
Keadaan jalan runtuh di KM16 Jalan Jemaluang-Mersing pagi tadi. - Astro AWANI
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
![Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739369754_SumbanganRahmah.jpg)
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
![Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515991292_tanahruntuh.jpg)
Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk
Penduduk Jemaluang berharap pihak bertanggungjawab tidak mengambil masa yang lama untuk membaiki jalan terbabit.