KUALA KANGSAR: Penamaan laluan 'Jalan Tun Dr S.Samy Vellu' di sempadan Kinta-Kuala Kangsar dan berakhir di persimpangan Taman Makmur, Sungai Siput adalah sebagai menghargai jasa mendiang Samy Vellu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) Zulqarnain Mohamad berkata penamaan laluan sepanjang 9.3 kilometer (km) tersebut adalah wajar mengenangkan sumbangan dan bakti mendiang kepada rakyat dan kawasan tersebut.
"Ia (penamaan jalan) memang sesuai kerana Tun (Samy Vellu) pernah mewakili (Parlimen) Sungai Siput dalam satu tempoh yang panjang dan juga seorang menteri kanan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis Bil 2/2023 MPKK di sini hari ini.
Dilaporkan menurut pewartaan Persekutuan, sebatang jalan menghubungkan Ipoh-Butterworth dinamakan sempena bekas menteri kerja raya itu.
Laluan tersebut bermula di sempadan Kinta-Kuala Kangsar dan berakhir di persimpangan Taman Makmur di Sungai Siput.
Samy Vellu adalah Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan dilantik sebagai menteri kerja raya dari 1979 hingga 1989.
Beliau kemudian menjadi menteri tenaga, komunikasi dan pos dari 1989 hingga 1995 sebelum sekali lagi dilantik menteri kerja raya dari 1995 hingga 2008.
Beliau yang juga bekas Presiden MIC meninggal dunia pada September lepas pada usia 86 tahun.
Dalam perkembangan lain, Zulqarnain berkata MPKK sedang bergiat aktif dalam memastikan Tahun Melawat Perak 2024 berjalan lancar.
"Kita bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Malayan Historical Group iaitu dengan memasang papan tanda informasi di beberapa kawasan sejarah seperti Jambatan Victoria dan Jambatan Iskandar.
"MPKK berada dalam pelan tindakan dan penjenamaan pelancongan Greater Ipoh yang meliputi empat kawasan iaitu MPKK, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai sebuah kluster dan sebuah lagi kluster ekopelancongan bersama daerah Lenggong, Pengkalan Hulu dan Gerik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
![Jalan Tun Dr S Samy Vellu di Perak penghargaan kepada mendiang - MPKK Jalan Tun Dr S Samy Vellu di Perak penghargaan kepada mendiang - MPKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680249828_TunSSamyVellu.jpg)
Penamaan laluan sepanjang 9.3 kilometer (km) tersebut adalah wajar mengenangkan sumbangan dan bakti mendiang kepada rakyat dan kawasan tersebut. - Gambar fail
![Musk akan diarahkan cari penipuan dan salah guna berbilion dolar di Washington - Trump Musk akan diarahkan cari penipuan dan salah guna berbilion dolar di Washington - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732680289_ElonMusk.jpg)
Musk akan diarahkan cari "penipuan dan salah guna" berbilion dolar di Washington - Trump
Trump akan mengarahkan Elon Musk, Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), untuk mengenal pasti "ratusan bilion dolar penipuan dan salah guna" di Washington.
AWANI Borneo [10/2/2025] – Gegaran lemah| MA63| Tenaga hijau
AWANI Borneo Isnin, 10 Februari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah.
2. Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan.
3. Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial.
1. Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah.
2. Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan.
3. Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial.
Kepelbagaian bangsa dan agama kekuatan Sarawak dalam kekalkan perpaduan
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah memaklumkan kepelbagaian bangsa, agama, dan latar belakang menjadi kekuatan Sarawak dalam mengekalkan perpaduan.
Terdapat 1,080 taska masih belum berdaftar di seluruh negara
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada 1,080 taska yang masih belum berdaftar, 95 daripadanya adalah di Sarawak.
Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
Colform sasar lebar sayap ke ibu negara baharu Indonesia
Pengeluar produk keluli berpangkalan di Sabah, Colform Group Bhd menyasarkan merebut peluang di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, susulan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.
Perjanjian MA63: Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata tuntutan tersebut selari dengan usaha dan keperluan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah dari segi infrastruktur, sosioekonomi serta kebajikan rakyat.
Statistik jenayah komersil daerah Tawau menurun
Statistik jenayah komersil daerah Tawau sepanjang tempoh 12 bulan tahun lalu mencatat penurunan dengan 149 kes dilaporkan berbanding 161 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
TUDM hantar 8 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.
!['Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan 'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663220150_PMlawatSamyVellu.jpg)
'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan
Figura bernama Tun S Samy Vellu tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain kerana sumbangan mendiang yang amat besar kepada masyarakat dan negara.
![Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602148298_isteriSamyVellu.jpg)
Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah
Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin menolak permohonan kedua wanita itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
![Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437137626_samyvellu.jpg)
Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN
Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.
![Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437137626_samyvellu.jpg)
Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu
Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan terdahulu Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003.
![Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/41434896178_PALANIVEL.jpg)
Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam
Mesyuarat khas MIC hari ini meluluskan resolusi bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli parti itu.
![PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51398244870_295x200.jpg)
PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek
Kritikan Dr Mahathir kepada Najib akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.
![Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51359681953_295x200.jpg)
Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC
Bekas presiden paling lama MIC itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota dan pemimpin parti untuk membuat keputusan.
![Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41358901880_295x200.jpg)
Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tiada siapa yang mempunyai hak untuk memberitahu bila beliau sepatutnya bersara.
![Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359553956_295x200.jpg)
Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu
Datuk Seri S. Samy Vellu mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau dalam perebutan itu.