KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat mulai 9 hingga 10 pagi esok bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata penutupan penuh laluan akan dibuat selama sejam mulai 9 pagi di Jalan Damansara, Jalan Sultan Abdul Halim dan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Jalan Parlimen.
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak menuju ke Bulatan Datuk Onn," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau juga berkata jalan raya yang ditutup mulai 9.20 hingga 10 pagi ialah Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Tun Sambanthan menuju ke Jalan Damansara.
Turut ditutup Jalan Syed Putra dan Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari arah Pantai Dalam.
"Juga ditutup Lebuhraya Mex dari arah Plaza Tol Salak Selatan, Lebuhraya Shah Alam dari arah Sungai Besi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan SUKOM," katanya.
Sarifudin berkata seramai 91 anggota trafik akan terlibat dalam raptai itu dan pengguna jalan raya dinasihat mematuhi arahan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Sarifudin berkata seramai 91 anggota trafik akan terlibat dalam raptai itu dan pengguna jalan raya dinasihat mematuhi arahan polis. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jalan utama, lebuh raya ditutup sementara esok sempena raptai Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong
Beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat mulai 9 hingga 10 pagi esok bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16.