KUALA LUMPUR: Jalur Gemilang, sebagai lambang kebesaran negara harus dimuliakan dan tidak boleh diganggu imejnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata penggunaan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia itu mempunyai kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.
"Ada waktunya timbul khilaf dari segi bagaimana kita memasang dan mempamerkan bendera. Sebagai contoh kita selalu tengok, ada masa kami pun zaman dahulu buat silap ini. Kita ada banner, dan di belakang banner itu ada bendera. Di depan bendera itu ada macam-macam tulisan, muka orang...ini kita tidak galakkan. Kalau bendera, ia kena berdiri tegak sendiri.
"Sama juga dengan soal pakaian, kita tak galakkan untuk ia dijadikan sebagai pakaian, tapi kalau menggunakan warna bendera untuk buat pakaian itu boleh. Kalau kita nak guna bendera itu mesti secara penuh...tidak boleh (guna) separuh dan sebagainya, yang itu kita tidak galakkan," katanya dalam wawancara sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 yang disiarkan di TV1 hari ini.
Sehubungan itu Saifuddin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan telah menerbitkan sebuah buku khusus untuk memberi penerangan mengenai simbol-simbol negara seperti panji-panji Diraja, Jata Negara dan Jalur Gemilang.
Menurutnya menerusi buku itu rakyat boleh merujuk kaedah sebenar penggunaan simbol-simbol itu dan tidak lagi berlaku kesilapan.
BACA: PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19
Mengenai sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021, Saifuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 berkata pelbagai pengisian telah disusun bagi menyemarakkan sambutan pada tahun ini antaranya program bual bicara, filem, dokumentari, pertandingan keceriaan, fotografi, sayembara sajak, pertandingan bercerita, pertandingan bintang patriotik, TikTok Ilham Merdeka dan sebagainya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri yang bersama-sama membantu dalam menyemarakkan sambutan dengan menyediakan video bersama diaspora Malaysia di seluruh dunia yang akan disiarkan pada 31 Ogos ini.
Sementara itu beliau berkata tema 'Malaysia Prihatin' sekali lagi dikekalkan bersesuaian dengan situasi ketika ini yang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berbilang kaum yang tabah dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.
"Walaupun kita masih bergelut dengan pandemik COVID-19, kita perlu sama-sama raikan Hari Kebangsaan untuk zahirkan semangat patriotik kepada negara. Tema ini tepat bagi menyampaikan mesej bahawa kerajaan terus prihatin terhadap kebajikan rakyat. Kita (kerajaan) mahu melihat rakyat sentiasa bersatu padu walau dalam apa keadaan sekalipun," katanya.
Katanya, tidak kira sama ada sambutan diadakan secara fizikal atau maya, semangat memperingati tarikh keramat 31 Ogos perlu sentiasa melekat dalam jiwa rakyat di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021

Saifuddin ketika diwawancara pada program Selamat Pagi Malaysia sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 di Angkasapuri hari ini. --fotoBERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.

Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.

Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.

KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.

'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.

8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.

Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.