Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, sebentar tadi.
Jamal, 48 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.
Mengikut pertuduhan pertama, Jamal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Pua Jun Jie, 19, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 7 Sungai Leman, Sekinchan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.15 petang pada 9 Mei lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat, manakala
Jamal diwakili tiga peguamnya iaitu, Datuk Mohd Imran Tamrin, Datuk Sulaiman Ismail dan Muhammad Nor Tamrin.
Mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM1, 800 terhadap pertuduhan terbabit dan menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Dalam pada itu, Jamal turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuang pita pelekat sitaan dan menanggalkan notis perintah penutupan yang dipasang Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Tindakan itu dilakukan pada jam 3 petang di Sekinchan Fisherman Village Hotel and Resort, Jalan Pantai Redang, Sekinchan, pada 23 Disember 2016.
Jamal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 43 Undang-Undang Kecil MDSB.
Pertuduhan itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM2, 000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan yang berterusan dilakukan setelah sabitan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM200 bagi setiap hari kesalahan berterusan.
Sinar Harian
Thu Sep 13 2018
![Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536823568_JamalMdYunos.jpg)
Jamal yang hadir ke Mahkamah Majistret Sungai Besar ditemui media, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730644999_PilKudaWargaMala.jpg)
Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis
Enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok kerana dipercayai memiliki dadah pada Jumaat lepas, dijangka didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan.
![Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536823568_JamalMdYunos.jpg)
Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, sebentar tadi.
![Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486365600_MSubramaniam.jpg)
Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan
Suapan itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang.