Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau bersama pengikut kumpulan Baju Merah sengaja melakukan provokasi semata-mata untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 5.0, dua tahun lepas.
Jamal, 48, yang ketika itu Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial pihak Bersih berkemungkinan akan mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beberapa tempat strategik di negara ini semasa perhimpunan pada 19 Nov 2016.
"Apa saya dan kumpulan saya lakukan suatu provokasi untuk menggagalkan perhimpunan itu dan saya juga telah mengeluarkan kenyataan pada satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berhubung perhimpunan Bersih 5.0," katanya ketika pemeriksaan balas peguam N. Surendran, yang mewakili bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, dalam saman difailkan Maria terhadapnya atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish.
Disoal Surendran, sama ada Jamal mempunyai bukti kukuh semasa mengeluarkan kenyataan di PWTC pada 28 Sept 2016 yang mengaitkan perhimpunan berkenaan dengan kumpulan pengganas Daesh, Jamal berkata: "Kenyataan itu dikeluarkan hanya berdasarkan andaian saya sahaja".
Jamal, yang merupakan defendan dalam kes saman itu berkata andaian tersebut dibuat berdasarkan kelakuan peserta Bersih yang ganas dan melampau semasa perhimpunan Bersih 3.0 kerana mereka merosakkan kereta peronda polis selain turut mencederakan beberapa anggota polis yang bertugas pada perhimpunan tersebut.
"Kenyataan Bersih terlibat dengan keganasan bukan sahaja dibuat oleh saya seorang, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih adalah satu tanda pembangkang akan menggunakan apa saja untuk merebut kuasa," katanya.
Ketika ditanya Surendran adakah dia membawa dokumen bagi membuktikan kenyataannya berhubung Bersih itu, Jamal bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen dan perkara itu turut ditegur Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab yang mendengar perbicaraan tersebut.
"Ini mahkamah...hanya boleh bercakap jika ada bukti...ini bukan kedai kopi yang kita boleh sembang-sembang," kata hakim itu.
Menjawab soalan Surendran mengenai kenyataan provokasi dalam akaun Facebooknya iaitu akan berlaku tragedi 13 Mei dan parang terbang, Jamal berkata akaun Facebook itu adalah palsu dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara terebut.
Sementara itu, Jamal yang diwakili peguam Mohamed Nasser Yusof menerusi penyataan saksinya berkata beliau tidak mempunyai niat untuk memburukkan sesiapa termasuk plaintif (Maria) semasa membuat kenyataan tersebut.
"Niat saya supaya pihak berkuasa berjaga-jaga dengan kehadiran ramai peserta Bersih yang boleh menyebabkan kekacauan dan keganasan serta gangguan ketenteraman awam. Rekod terdahulu turut menunjukkan berlakunya kerosakan ke atas harta benda awam dan kerosakan harta benda polis," jelasnya.
Perbicaraan kes saman itu selesai selepas Jamal yang merupakan saksi terakhir memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada Oktober tahun lepas.
Hakim Mohd Zaki menetapkan 13 Ogos untuk pengurusan kes selepas peguam yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan tiada lagi saksi akan dipanggil dan memohon supaya kes itu ditutup.
Pada 7 Okt 2016, Maria, 62, menyaman Jamal selaku defendan selepas mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal mengeluarkan kata-kata fitnah pada satu sidang media di perkarangan PWTC dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria turut mendakwa pada 4 Okt 2016, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan diterbitkan pada 5 Okt tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Maria mendakwa kenyataan-kenyataan tersebut antara lainnya memberi gambaran bahawa beliau seorang yang ganas, tidak mematuhi undang-undang dan merupakan seorang ejen Daish.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 23 2018
![Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0 Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530541120_JamalMdYunos.jpg)
Jamal menerusi penyataan saksinya berkata beliau tidak mempunyai niat untuk memburukkan sesiapa termasuk Maria Chin semasa membuat kenyataan di PWTC tersebut. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676585294_TBbajumerahgaduh.jpg)
Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.
![Bom dilempar depan kediaman PM Thailand Bom dilempar depan kediaman PM Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649659768_TBBANGKOK.jpg)
Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.
!['Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli 'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571653286_TBFENNY.jpg)
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.
![Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0 Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530541120_JamalMdYunos.jpg)
Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.
!['Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri 'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61527932318_RafiziRamli.jpg)
'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis
![Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71489937453_Senjata.jpg)
Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.
!['Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor 'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479912422_DatukJamal.jpg)
'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.
!['Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan 'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479899044_DatukJamal.jpg)
'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.
![Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479807619_MahfuzOmar.jpg)
Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
![Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479804432_JamalYunos.jpg)
Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.