KOTA KINABALU: Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata kerja awalan pembinaan jambatan kekal sepanjang 30 meter itu telah dilaksanakan dan berdasarkan perancangan kerja pihak kontraktor, jentera akan mula masuk ke tapak pembinaan pada awal September ini.
"Kerja-kerja fizikal di tapak dijangka lebih rancak dalam usaha untuk memastikan projek pembinaan jambatan tersebut siap dalam tempoh yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Arthur berkata pembinaan Jambatan Sungai Liau mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Keluarga Malaysia di Sabah dapat menikmati ketersambungan perhubungan darat yang selesa dan selamat.
"Sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, saya bersama-sama agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memberikan komitmen untuk sentiasa memantau kemajuan kerja dari semasa ke semasa.
"Adalah menjadi harapan saya agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan jangka masa yang telah ditetapkan agar isu dan permasalahan yang timbul sebelum ini dapat diatasi sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh pembinaan, Jambatan Bailey sedia ada akan dikekalkan sebagai jalan alternatif bagi memastikan perhubungan darat antara daerah Keningau dan Tenom tidak terputus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Beliau berkata sepanjang tempoh pembinaan, Jambatan Bailey sedia ada akan dikekalkan sebagai jalan alternatif bagi memastikan perhubungan darat antara daerah Keningau dan Tenom tidak terputus.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024
Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024.