DENGKIL: Jambatan Dengkil di Sungai Langat di sini yang runtuh pada 17 Dis lepas dijangka siap dibaiki sepenuhnya dan dibuka untuk laluan kenderaan pada akhir Januari depan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pada masa ini kerja-kerja pembaikan jambatan yang menghubungkan Dengkil ke Banting itu sudah mencapai kemajuan 30 peratus.
"Pihak Jurutera Daerah menjangkakan tarikh paling awal adalah pada 20 Jan depan, kita akan lengkapkan dan (jambatan) dibuka semula dua atau tiga hari kemudian selepas mendapat taraf selamat," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi jambatan itu hari ini.
Jambatan tersebut runtuh pada 17 Dis akibat hakisan dan kejadian banjir pada keesokan harinya memburukkan keadaan.
Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan memperluaskan bantuan banjir kepada mereka yang terjejas akibat bencana itu yang turut meliputi pertanian, perniagaan dan persekolahan.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
"(Bantuan) akan diumum dari semasa ke semasa sebab sekarang ni kita nak selesaikan mangsa banjir di rumah dan yang telah meninggal dunia.
"Lepas ni baru kita tengok tanah pertanian, sekolah dan perniagaan. Saya tahu petani pun banyak berdepan dengan masalah kebun dan ladang mereka yang terkesan, kedai dan perkilangan juga ada yang terkesan.
"Memang kita nak bantu semua tapi kita lihat pada kemampuan dan keupayaan kita. Buat masa ini, kita tumpu pembersihan dan mengagihkan bantuan sokongan asas," katanya.
Mengenai bantuan wang ihsan bencana, beliau berkata kerajaan negeri menganggarkan lebih 30,000 keluarga yang terlibat dengan banjir akan mendapat bantuan itu.
Beliau berkata bantuan itu akan mula diagihkan esok kepada 9,000 keluarga yang tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS).
"Saya mula nak agih esok yang ada di PPS, yang dah balik kita akan cuba panggil dan dalam masa yang sama kita akan kenal pasti pula yang tidak berpindah ke PPS.
"Di Sepang sahaja kita ada 9,000 keluarga yang tidak berpindah, jadi so far ada 18,000 keluarga. Angkanya saya rasa mencecah lebih 30,000 keluarga kerana di daerah lain, kita tak sempat nak kenal pasti mangsa yang terlibat," katanya.
Pada 21 Dis lepas, Amirudin mengumumkan bantuan wang ihsan bencana kepada semua penduduk yang terkesan akibat banjir di negeri itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat banjir serta bantuan RM1,000 setiap keluarga yang terkesan bencana banjir.
Antara bantuan lain yang turut diumum adalah bantuan kesihatan, pengecualian bil air selama sebulan, penangguhan pinjaman kepada usahawan Hijrah Selangor serta pungutan sisa pepejal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Amirudin melihat kerja-kerja membaiki semula jambatan ketika membuat tinjauan jambatan runtuh di Jambatan Dengkil Sungai Langat hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.