BEIJING: Mengukuhkan asas keselamatan makanan secara menyeluruh, menjaga tanah pertanian seluas 120 juta hektar di China dan memastikan keselamatan makanan China diletakkan di tangan rakyat negara ini sendiri, kata Presiden China, Xi Jinping.
Beliau berkata keselamatan makanan rakyat China yang menduduki satu perlima populasi dunia berkait rapat dengan keselamatan makanan global dan menjadi tumpuan dunia.
Xi berkata demikian ketika berucap pada sesi perasmian Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada 16 Oktober.
Di samping itu, Presiden Xi turut menyeru masyarakat antarabangsa berganding bahu untuk melaksanakan inisiatif pembangunan global dan inisiatif keselamatan global selain bersama-sama menangani cabaran.
Sementara itu dalam sidang akhbar pertama Kongres Kebangsaan ke-20 yang diadakan pada 17 Okt, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara (NFSRA) China, Cong Liang berkata jumlah pengeluaran makanan per kapita di China mencatat 483.5 kilogram (kg), melebihi garis keselamatan bahan makanan antarabangsa iaitu 400 kg.
Keluasan tanah pertanian di China merangkumi sembilan peratus daripada tanah pertanian dunia.
Namun, hasil bahan makanan di negara ini menyumbang satu perempat daripada jumlah dunia, sekali gus menjamin keselamatan makanan kepada satu perlima populasi dunia.
Prestasi cemerlang ini berkait rapat dengan dasar dan langkah kerajaan yang giat mendorong modenisasi pertanian serta meningkatkan daya pengeluaran bahan makanan secara berterusan.
Antara langkah-langkah tersebut termasuk memperkasakan industri pengeluaran benih sebagai asas pertanian, membaiki prasarana pertanian di samping menjamin keluasan tanah pertanian, melaksanakan polisi harga minimun pembelian gandum dan padi untuk memastikan kepentingan golongan petani terjamin, meningkatan keefisienan pengeluaran bahan makanan melalui teknologi moden seperti Internet benda (IoT), data raya dan lain-lain.
Di samping itu, China juga menghulurkan bantuan bahan makanan kepada negara-negara lain.
China telah mengadakan kerjasama pertanian dengan lebih 140 negara dan wilayah dan mempromosi lebih 1,000 teknologi pertanian kepada negara-negara membangun.
Kerjasama dan bantuan China itu berjaya meningkatkan jumlah pengeluaran hasil pertanian sebanyak 30 hingga 60 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta isi rumah petani di negara-negara berkaitan, sekali gus membantu negara-negara membangun meningkatkan jaminan bahan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Xi Jinping berkata, keselamatan makanan rakyat China yang menduduki satu perlima populasi dunia berkait rapat dengan keselamatan makanan global. - AP

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan tiga lagi klon kopi baharu jenis Liberica.

Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu
Media melaporkan Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan eksport beras daripada 7.1 juta tan tahun lalu kepada empat juta tan setiap tahun menjelang 2030.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu
Sebanyak RM193.6 juta kerugian dicatatkan sepanjang tempoh dua tahun lalu melibatkan sektor pertanian, perikanan serta penternakan akibat bencana banjir.

Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana jika virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.