Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam, merupakan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia setelah hampir dua bulan 'terkurung' di dalam rumah.
Kebenaran untuk sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan beroperasi, selain kebenaran beberapa aktiviti lain dengan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat, pasti amat ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk kembali bekerja, lebih-lebih lagi ramai yang telah terputus mata pencarian ekoran pelaksanaan PKP.
Dalam tempoh berkenaan telah ramai yang kehilangan pekerjaan, tidak kurang yang terpaksa dipotong gaji, apabila majikan masing-masing sudah tidak mampu untuk menampung kerugian dan hal ini berlaku di hampir di seluruh negara, yang diserang oleh virus pandemik ini.
Muhyiddin berkata kesan tersebut turut dirasai kerajaan, apabila negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion.
Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, Malaysia dilaporkan akan mengalami kerugian RM35 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion, dan ini sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara dan mengambil masa lama untuk pulih kembali.
Pelbagai reaksi turut diberikan rakyat atas tindakan melaksanakan PKPB ini, dan walaupun ramai yang menzahirkan sokongan serta memahami keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu, namun tidak kurang juga menyatakan kebimbangan, langkah itu akan menyebabkan kes positif COVID-19 kembali meningkat.
Segala tindakan kerajaan itu, pastinya dibuat setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelbagai kementerian berkaitan, dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.
Kerajaan ternyata mempunyai perancangan yang jelas menggunakan enam strategi utama iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal penularan wabak COVID-19 dengan melaksanakan PKP, serta membina ketahanan melalui pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, untuk meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi.
Kini kerajaan dalam fasa ketiga iaitu menjana semula ekonomi secara teratur dan terkawal; diikuti melaksanakan strategi pemulihan ekonomi; memperkasa ekonomi secara menyeluruh; dan terakhir menyusun semula struktur ekonomi, untuk menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya 'normal baharu'.
Disebabkan itu juga kerajaan menetapkan pelbagai SOP yang ketat, untuk semua sektor perniagaan yang beroperasi selain menggalakkan sektor awam dan swasta mengamalkan normal baharu pekerjaan, termasuk bekerja dari rumah selain penggiliran jadual harian bekerja untuk membendung virus COVID-19.
Oleh itu sebagai rakyat, kita perlu patuh kepada langkah kerajaan ini membalas jasa petugas barisan hadapan, dengan mematuhi SOP yang telah disediakan untuk mengelak penularan kembali wabak ini.
Patuhi jarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, dan lindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Jangan dek keterujaan dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan itu kita menjadi alpa, kerana tidak mustahil kes positif COVID-19 kembali meningkat, seperti yang berlaku di Jerman dan Hokkaido, Jepun. Bersama kita perangi COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020

Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, Malaysia dilaporkan akan mengalami kerugian RM35 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion. - Gambar BERNAMA
Kita bekerjasama dengan dengan semua agensi termasuk SPRM - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan yang lebih terperinci akan dikenakan sekiranya terdapat pegawai yang terlibat dengan sisa e-waste. #AWANInews
Kita nak elakkan masalah alam sekitar - Nik Nazmi
Malaysia membenarkan kemasukan besi buruk untuk tujuan tertentu dan terdapat syarat yang dikenakan. Sisa e-waste yang tidak terancang dapat mencemarkan kesihatan rakyat tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
#AWANInews
#AWANInews

Sindiket penipuan tawaran kerja: 750 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

NPRA Malaysia lulus pendaftaran bersyarat Ravidasvir, rawat Hepatitis C
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan pendaftaran secara bersyarat produk ravidasvir sebagai rawatan virus hepatitis C (HCV) yang selamat dan berkesan.

PKP 4 hampir berakhir, mungkinkah ada harapan buat rakyat kembali sediakala?
Pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini.

Jangan alpa di sebalik pelaksanaan PKPB, COVID-19 masih ada
PKPB bermula Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam, merupakan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia.