Rakyat tidak boleh membenarkan agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad merampas hak mereka untuk memilih kerajaan yang bertanggungjawab dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.
Katanya, pengundi perlu faham dengan taktik licik itu dan sedar bahawa PRU14 adalah untuk rakyat memilih kerajaan dan bukannya lapangan bagi seseorang individu membalas dendam.
"Untuk menjayakan agenda peribadinya terhadap perdana menteri, Dr Mahathir telah memutarbelitkan pelbagai kebaikan yang dibawa kerajaan sehingga sanggup memesongkan fikiran rakyat dengan tuduhan serta dakwaan tidak berasas semata-mata untuk membangkitkan kebencian terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN).
"Hasil perancangan dan agenda tersusun bagi memajukan rakyat dan negara yang dirangka perdana menteri, rakyat tentunya tidak boleh membenarkan pilihan raya ini dirampas oleh Dr Mahathir dan sekutunya dalam pakatan pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Eco Pelancongan dan Agro Pelancongan Pahang Barat di sini, pada Sabtu.
Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata demi mencapai matlamat peribadi itu, Dr Mahathir yang kini merupakan pengerusi Pakatan Harapan telah menimbulkan bermacam-macam persepsi buruk terhadap kerajaan.
"Ini termasuk menuduh Najib menjual kedaulatan negara melalui pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gambang serta pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia di Johor," katanya.
Beliau berkata selaku bekas perdana menteri, Dr Mahathir sebenarnya tahu tentang kaedah-kaedah di dalam menarik pelaburan asing dan faedahnya kepada rakyat tetapi sengaja 'membutakan mata' dan terus menaburkan fitnah bagi mencapai hajatnya.
"Tetapi kita yakin tindakan untuk meningkatkan kebencian terhadap kerajaan itu tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat yang sekian lama menikmati faedah daripada perancangan yang dibuat kerajaan," katanya.
Tiong Lai selaku penyandang kerusi Parlimen Bentong mengadakan program turun padang sehari di daerah Bentong pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 14 2018

Pengundi perlu faham dengan taktik licik itu dan sedar bahawa PRU14 adalah untuk rakyat memilih kerajaan.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Inilah waktunya bersihkan persepsi masyarakat terhadap wakil rakyat - Penganalisis politik
Waktu kritikal ini peluang untuk menampilkan kematangan berpolitik setiap pihak dalam mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap peranan wakil rakyat.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.