Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.
Katanya kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius dan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan jangkitan ke kawasan ternakan yang lain.
"Keutamaan sekarang ialah memastikan kerbau ternakan keluarga ini tidak keluar dari kandang dan tidak bercampur dengan haiwan peliharaan penternak lain," katanya kepada pemberita ketika meninjau kandang kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan gelaran 'Mowgli Malaysia' itu di Kampung Kubang Bujuk di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana untuk meringankan urusan keluarga tersebut.
Dalam pada itu, bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64 berterima kasih kepada dua pemimpin tersebut yang meluangkan masa melihat sendiri situasi terbaharu di kandang miliknya tersebut.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI: Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan?
"Kami sekeluarga berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih ada ... terima kasih kepada semua yang mendoakan dan prihatin dengan kami," katanya yang mengusahakan penternakan kerbau sejak 50 tahun lepas.
Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambar-gambar yang menampilkan kemesraannya dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan keluarganya tular, selain gambar tersebut turut tersenarai sebagai antara 20 yang terbaik dunia.
Bernama
Wed Sep 16 2020
![Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61600063565_TBMowgli.jpg)
Ahmad Amzad Hashim berkata, kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius. - FB/ Haji Ahmad Amzad Hashim
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600060888_kerbauMowgli.jpg)
Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco
Perbuatan berkenaan adalah kesalahan serius kerana boleh menyebabkan penyebaran wabak penyakit itu ke kawasan lebih luas.
![Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600063565_TBMowgli.jpg)
Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu
Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
![Tiada lagi aksi Semek yang manja... Tiada lagi aksi Semek yang manja...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600235263_kerbauMuhammadSyuk.jpg)
Tiada lagi aksi Semek yang manja...
Setakat pagi ini, jumlah keseluruhan kematian kerbau yang direkodkan ialah sebanyak 50 ekor.
![Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600155820_KERBAUMOWGLI.jpg)
Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.
![Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600064854_TBMowglijpg.jpg)
Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
Wabak hawar berdarah menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia'.
![Penyakit hawar berdarah terkawal - Shabery Penyakit hawar berdarah terkawal - Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81483091279_ShaberyCheek.jpg)
Penyakit hawar berdarah terkawal - Shabery
JPV Terengganu melakukan vaksin kepada hampir 2,000 lembu dan kerbau di 160 ladang ternakan di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.