Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan perkara itu sebagai menjawab khabar angin yang mengatakan PKP akan dilaksanakan susulan 100 kes COVID-19 yang diumumkan baru-baru ini.
Sebaliknya, kerajaan menumpukan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di kawasan sasaran iaitu lokasi terkesan COVID-19.
"Jadi kita hanya kawal pergerakan rentas melalui PKPD secara pentadbiran di kawasan sasaran. Jadi tidak timbul persoalan mengenai rentas negeri.
"Jadi khabar angin mengatakan apabila kes mencecah 100, kita akan ditutup iaitu PKP macam dulu. Jangan bimbang kita tidak akan laksanakan PKP setakat kita masih mampu tutup lokaliti-lokaliti tertentu," katanya dalam sidang media mengenai PKPP di sini pada Khamis.
BACA: Rakyat perlu bersedia jika PKP dilaksana semula - Ismail Sabri
Jelasnya, langkah PKPD secara pentadbiran di Kota Setar dan Tawau selaras dengan mekanisme sama dilakukan di kluster terdahulu termasuk Kluster Sivagangga.
"Jika ada kes mendadak, kita tidak tutup negeri, tidak seperti dulu. Sebagai contoh apabila berlaku di Kluster Sivagangga yang menyaksikan berlaku penularan cepat, tetapi kita tak tutup seluruh negeri dan daerah, sebaliknya hanya (PKPD secara pentadbiran) di tiga kampung di Kedah dan dua kampung di Perlis. Kali ini, kaedah kita ialah tutup kawasan terlibat sahaja seperti di Tawau , kita tutup penjara," tambahnya lagi.
BACA: PKPD pentadbiran di Kota Setar dan Penjara Tawau bermula tengah malam ini
Dalam pada itu, katanya, keputusan mengenai cadangan melanjutkan tempoh aktiviti sukan lebih daripada jam 12 tengah malam, akan diumumkan Selasa depan.
"Insya-Allah hari Selasa depan kita akan bermesyuarat. Saya tidak mahu buat keputusan sendiri. Kalau premis makanan boleh lepasi pukul 2 pagi, saya tidak ada halangan.
"Walau bagaimanapun, saya tidak boleh buat keputusan sendiri, saya akan bawa perkara ini Selasa depan dan kita umumkan," ujarnya.
Astro Awani
Thu Sep 10 2020

Kerajaan menumpukan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di kawasan sasaran iaitu lokasi terkesan COVID-19. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.