Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap tidak ada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas mengenai berita kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan juga tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian ini dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat.
Azam turut berharap Kevin Morais ditemui dengan selamat secepat yang mungkin.
“(Kami) berharap keluarga beliau akan bersabar sementara pihak Polis Diraja Malaysia sedang bertindak untuk mengesan beliau,” kata beliau dalam kenyataan itu.
Tambahnya, Kevin Morais pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM dan telah mewakili SPRM sebagai Timbalan Pendakwa Raya selama hampir 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara pada 1 Julai 2014.
“Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan berkomited dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya, serta seorang yang sangat peramah.
“Sepanjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin Morais telah mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM,” katanya.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran
WA 6264 Q.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan jika kes kereta rentung yang ditemukan di Hutan Melintang ada kaitan dengan kes kehilangan Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Astro Awani
Sun Sep 06 2015

SPRM tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian kehilangan Kevin Morais dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat. - Gambar Fail

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

Polis percaya Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki
Polis percaya Kevin Anthony Morais dilarikan sekumpulan lelaki berdasarkan rakaman CCTV di sepanjang laluan mangsa ketika keluar rumah.

Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM
SPRM juga tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian ini dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat.

Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis
Masih terlalu awal untuk mengaitkan kenderaan yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak dengan individu yang memegang jawatan sebagai Kevin Anthony Morais.

Bekas pegawai pendakwa SPRM 'hilang'
Polis mengesahkan terdapat laporan dibuat berkenaan kehilangan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara.