KOTA KINABALU: Markas 5 Divisyen memaklumkan bahawa Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) akan melaksanakan Eksesais Satria Perkasa selama 10 hari bermula esok.
Markas Lima Divisyen menerusi kenyataan memaklumkan eksesais berkenaan melibatkan kawasan sekitar Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan.
Sehubungan itu, orang ramai dimaklumkan supaya tidak cemas dan risau sekiranya menemukan kehadiran anggota tentera ketika eksesais itu berlangsung.
"Eksesais ini konsep Field Training Exercise (FTX) bertujuan bagi meningkatkan tahap profesional dalam melaksanakan latihan ketenteraan bagi mejaga kedaulatan negara.
"Sepanjang eksesais berlangsung akan melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan Tentara Darat Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Eksesais berkenaan melibatkan kawasan sekitar Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jangan cemas, Eksesais Satria Perkasa di Keningau, Nabawan, Sapulut, Kalabakan
Markas 5 Divisyen memaklumkan bahawa Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) akan melaksanakan Eksesais Satria Perkasa selama 10 hari bermula esok.