KUBANG PASU: Rakyat negeri Kedah yang berhasrat untuk ‘curi’ rentas negeri pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan tanpa surat kebenaran polis atau sebarang alasan munasabah akan dikenakan tindakan jika ditahan polis.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mereka yang berbuat demikian mungkin bernasib baik jika tidak berjumpa dengan pihak penguat kuasa.
Bagaimanapun, tegas beliau, tindakan kompaun akan terus dikenakan oleh polis ke atas golongan yang degil dan tidak mengendah larangan yang dibuat oleh kerajaan.
Menurut beliau, pada masa ini, polis negeri terus mengadakan pemeriksaan yang ketat dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) dalam kalangan pengunjung terutama mereka yang berkunjung dari negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sementara, pengunjung dari negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, terdapat kelonggaran, jelas Hasnuddin.
“(Bagaimanapun), kita (polis) akan tetap periksa betul-betul, kena tunjuk (borang atau permit) polis pada kita semasa SJR, kalau tidak ada (kebenaran) mereka akan diminta berhenti (untuk soal siasat),” kata beliau.
Hasanuddin berkata demikian selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu diantara Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Ismail Ibrahim yang digantikan dengan Supritendan Rodzi Abu Hassan, pada Rabu.
Kelonggaran, jelas Hasanuddin, akan diberikan polis sekiranya berlaku kecemasan, namun, polis akan melakukan penelitian sekiranya ada pihak yang cuba menipu dengan menggunakan alasan sama.
Dalam masa sama, katanya, polis Kedah akan terus mengetatkan kawalan rentas negeri bagi membendung penularan COVID-19 sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh Bukit Aman.
Setakat ini polis Kedah masih meneruskan SJR terutama di setiap sempadan negeri ini.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Apr 07 2021

Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tindakan kompaun akan terus dikenakan oleh polis ke atas golongan yang degil dan tidak mengendah larangan yang dibuat oleh kerajaan. - Gambar BERNAMA
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Setakat 10.30 pagi, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya PLUS E2 menghala selatan, PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!

Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.

Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.

Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.

Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.

Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihat agar gunakan laluan itu bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan.