Orang ramai diingatkan supaya tidak memuat naik sebarang dokumen peribadi di laman media sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, dokumen tersebut boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan.
Katanya, memuat naik salinan kad pengenalan individu bagi tujuan membantu mangsa bencana atau kemalangan di laman media sosial akan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.
"Apa benda atau maklumat yang berkaitan dengan peribadi seseorang tidak boleh dikongsi dengan semua orang.
"Ini kerana jika maklumat tersebut jatuh kepada tangan orang lain, ia akan membawa musibah balik kepada pemiliknya," katanya di satu majlis di sini, hari ini.
Tambahnya, pihak yang manipulasi maklumat mangsa sehingga menimbulkan elemen fitnah terhadapnya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tindakan tegas juga boleh diambail di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana menceroboh dan menggunakan maklumat tanpa kebenaran sehingga memudaratkan pemilik data.
Sharom Abu Bakar
Fri Mar 23 2018

JAILANI: Apa benda atau maklumat yang berkaitan dengan peribadi seseorang tidak boleh dikongsi dengan semua orang.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kementerian Digital cadang tubuh Suruhanjaya Data galak pasaran pusat data
Gobind Singh Deo berkata bagi tujuan itu, pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Rakaman CCTV tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Sebarang penyebaran rakaman sedemikian adalah menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan apabila pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.