KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta semua penyokong bola sepak memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung insiden serangan jenayah ke atas tiga pemain negara baru-baru ini.
Setiausaha Agungnya Datuk Noor Azman Rahman dalam kenyataan hari ini menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan semasa sehingga boleh mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan peminat sukan tanah air.
"Amat penting bagi sesebuah pasukan dan pengurusan mereka untuk tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai atau memulakan perbicaraan awam ketika insiden itu masih dalam siasatan pihak polis.
"Sebagai contoh ada kenyataan secara berulang mendedahkan beberapa pegawai Selangor FC telah menerima ugutan mereka mungkin bakal menjadi sasaran seterusnya. Ada juga kenyataan yang mendakwa apa yang berlaku ke atas tonggak Selangor Faisal Halim seperti mahu bunuh kariernya," katanya.
Menurut Noor Azman kenyataan terbuka seperti itu secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persepsi lebih buruk sehingga mengganggu siasatan pihak polis.
Sementara itu, beliau sekali lagi menyatakan keseriusan FAM terhadap insiden yang menimpa ketiga-tiga pemain itu, namun memaklumkan badan induk itu tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk menyiasat ketiga-tiga insiden tersebut kerana semuanya berlaku di kawasan awam.
Katanya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) juga tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan insiden berlaku bukan dalam kawasan venue pertandingan.
Bagaimanapun, katanya pihak polis sering memberikan perkembangan secara berkala kepada FAM mengenai usaha dan siasatan yang dijalankan.
"Maka kita harus berikan kepercayaan kepada PDRM untuk buat siasatan secara menyeluruh sehingga pelaku yang terlibat dapat di bawa ke muka pengadilan. Sekali lagi saya mohon semua pihak bertenang...serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk buat siasatan dengan lebih efisien," katanya.
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang membataskan pergerakan dan percakapannya.
Insiden itu merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain bola sepak negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, 2 Mei lepas.
Serangan terhadap pemain bola sepak negara memasuki episod baharu selepas itu apabila cermin kereta pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim dipecahkan oleh dua lelaki menaiki motosikal dengan menggunakan tukul besi di Johor Bahru, pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan semasa. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
Keputusan positif perlu selari dengan dana tambahan - Penganalisis
FAM perlu memastikan gandaan dana daripada RM15 juta kepada RM30 juta yang diumumkan oleh kerajaan khusus untuk pembangunan skuad kebangsaan disertai dengan keputusan yang cukup positif.
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.
Duncan diumum Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan penstrukturan semula untuk revolusi skuad Harimau Malaya dengan melantik seorang lagi pakar dari luar negara.
PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya
FAM memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.
Bakat tempatan diabaikan, ini ikrar Sayf Ismail jika dipilih sebagai Presiden FAM...
Merombak piramid bola sepak negara merupakan manifesto Sayf Ismail sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden FAM dalam kongres pemilihan akan datang.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai - Tunku Ismail
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.