Tidak ada pihak harus mencampuri atau dilihat mencampuri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah.
Dalam satu kenyataan, bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak-pihak berkenaan tidak wajar membuat sebarang kenyataan umum atau pengakuan tidak bersalah agar tidak berlaku tolak ansur terhadap integriti siasatan SPRM.
Mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tentang pemberian projek infrastruktur asas, Shafie berkata:
"Adalah agak pelik dan jenaka melihat pihak berkuasa negeri tergesa-gesa mengaku tidak bersalah secara umum dan mengalihkan kesalahan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, sedang siasatan SPRM masih berjalan.
"Ini menyebabkan saya memberi respons terhadap kenyataan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung pemberian projek bernilai RM3.3 bilion yang berkaitan penangkapan dua pegawai kanan kerajaan negeri baru-baru ini.
"Dinyatakan bahawa projek itu diberikan pada 2010 semasa penggal saya sebagai Menteri yang tertanggungjawab terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Ia juga menunjukkan bahawa projek itu tidak dikendali oleh kementerian saya," kata Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna.
Bernama
Sat Oct 08 2016

SHAFIE: Pihak-pihak berkenaan tidak wajar membuat sebarang kenyataan umum. Foto Astro AWANI / Shahir Omar

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

24 sambungan paip air haram dekat UMS dipotong - Shahelmey
Jabatan Air Sabah (JANS) hari ini memotong 24 sambungan paip air haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya berhampiran Kampung Suang Parai, Sepanggar.

Masalah air bersih di pantai timur Sabah perlu perhatian
Penduduk di Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah mengaku tidak bersalah gubah wang haram
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah mengaku tidak bersalah terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.

Lebih ramai akan didakwa skandal seleweng dana infrastruktur air Sabah - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan didakwa dalam skandal penyelewengan dana infrastruktur Jabatan Air Sabah.

Kes penyelewengan di Sabah: Tempoh reman pengarah, timb pengarah dilanjut
Tempoh tahanan reman pengarah itu dilanjutkan lima hari manakala tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari lagi.

Jangan ganggu siasatan SPRM - Shafie
Shafie Apdal berkata, tidak ada pihak harus mencampuri siasatan SPRM berhubung pemberian projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Kes projek infrastruktur Sabah: Suspek bantu SPRM pindah wang ke Malaysia
Sumber hari ini berkata proses memindahkan wang itu akan dibuat melalui bantuan 'Mutual Legal Assistant' (MLA).