DALAM sesebuah perkahwinan itu perlukan kerjasama antara suami dan isteri. Sama-sama membantu dalam menguruskan rumah tangga, biarlah beban itu tidak terasa sangat.
Melalui perkongsian Ustaz Datuk Kazim Elias, ada empat perkara yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan sesebuah perkahwinan:
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri.
Sedangkan isteri ini cuma dituntut untuk layan suami sahaja. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua itu? Isteri solehah dia tolong buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz Kazim berkata, semakin suami rasa senang, rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah selepas ini beritahu suami “Awak, mulai hari ini, saya tak nak basuh baju, masak apa semua.”
Bukan.
Benda susah akan menjadi senang apabila kita buat sama-sama. Jangan senang sahaja bersama. Bila susah lepaskan kepada pasangan pula. Jangan.
2. Punca kedua sebab kita tak faham perangai pasangan masing-masing.
Nak jaga suami senang sahaja, menurut Ustaz Kazim.
a) Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
b) Mana suami itu pergi, ikut! Selagi boleh ikut.
3. Punca ketiga sebab kita tak redha itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang selepas seseorang itu meninggal dunia.
Jadi tak seronok bila suami atau isteri kita meninggal dunia baru nak kata "Tiada yang sama seperti suami atau isteri saya dahulu".
Tetapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah anugerah.
Ada pasangan itu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan begitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik atau boroi atau seumpama itu.
Di situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling bertaqwa. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang terakhir sekali, puncanya adalah apabila seseorang itu tak jadi yang saling menyenangkan. Ya, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, jadi kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ya, yang lain itu biar Allah yang tentukan. InsyaAllah.
Ustaz Kazim berkkongsi lagi, musibah itu datang dalam tiga bentuk :
• Ujian
• Teguran
• Bala
Kalau kita rasa dalam perkahwinan ini asyik musibah sahaja, mari kita tengok tiga perkara ini. Mana satu sebenarnya yang Allah ingin tunjuk.
"Yang ujian itu adalah untuk orang-orang beriman. Sebagai contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Itu ujian untuk dia," katanya.
Allah juga menguji seseorang soleh atau solehah itu bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi.
Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang datang dalam bentuk teguran. Yang ini Allah hantar sebab Allah mahu tegur, suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita leka mengejar duit, tiba-tiba ditimpa kemalangan. Sudah tak boleh cari punca rezeki. Itu teguran namanya.
Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah mahu jentik sikit beri teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang terakhir pula musibah ini datang dalam bentuk bala atau azab.
Dalam perkahwinan ini, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk redha. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji tiada rezeki jodoh panjang, tiada rezeki untuk bersama lagi.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami atau isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Pa and Ma
Sun Feb 26 2023
Selalulah belajar untuk curi hati suami atau isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. - Pa&Ma
Pantau Agenda Reformasi: Hari Pendidikan Antarabangsa
UNESCO mengangkat tema AI and Education: Preserving human agency in a world of automation untuk sambutan tahun ini, apa yang dapat kita fahami. Ikuti perbincangan bersama pakar.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Buntu nak pilih hari bahagia? Ini tarikh 'cantik' untuk kahwin pada 2021
Pada yang masih solo, kami harap anda bertabah!