ISKANDAR PUTERI: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora mahu anak buahnya menamatkan pertemuan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini dalam tempoh 90 minit masa permainan dan tidak mengheret perlawanan hingga ke sepakan penalti.
"Saya tidak suka penalti. Sepakan penalti mencemaskan saya. Justeru kami mahu tamatkan dan menangi perlawanan dalam tempoh 90 minit," katanya pada sidang media praperlawanan itu di sini semalam.
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC yang dibarisi pemain yang berupaya menterjemahkan strategi permainan dengan baik.
"Kedah merupakan pasukan yang bagus, dibimbing dengan baik oleh Aidil (Shahrin Sahak) dan mereka mempunyai pemain yang hebat di hadapan serta boleh menjadi agresif jika mereka mahu.
"... pastinya mereka juga dahagakan kejayaan dan mahu mencipta kemenangan apabila bertemu JDT, namun kami juga dambakan kemenangan, kami mahu tiga mata penuh dan menang piala. Kami perlu bermula dengan baik agar dapat menamatkan musim dengan baik," katanya.
Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim di sini hari ini merupakan pertembungan keempat kedua-dua pasukan dalam merebut Piala Sumbangsih, dengan JDT mencatat dua kemenangan iaitu pada edisi 2018 dan 2020, sementara edisi 2017 menjadi milik KDA FC melalui sepakan penalti.
Sementara itu, ketua pasukan JDT Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak membayangkan saingan sengit menunggu KDA FC demi memastikan pasukannya merangkul kejuaraan keempat berturut-turut sejak menewaskan KDA FC pada musim 2018.
Katanya selagi beliau masih bermain, matlamat utamanya ialah merangkul seberapa banyak kejuaraan bersama JDT, sekali gus membantu pasukan mengekalkan status sebagai antara pasukan terbaik di negara ini.
"Kita telah memenangi tujuh kejuaraan Liga Super dan itu bukan perkara yang mudah.
"Mana-mana pasukan yang bertemu JDT sentiasa akan bagi lebih daripada apa yang kami berikan, jadi itu yang membuatkan saya dan rakan sepasukan perlu lebih berhati-hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
![Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81614875553_sidangmediaPialaS.jpg)
Benjamin Mora bercakap pada sidang media Piala Sumbangsih 2021 di Iskandar Puteri, 4 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
![ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739063502_arifaiman.jpg)
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
![JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez! JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738637658_TBAlvaro.jpg)
JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!
Pemain berusia 25 tahun itu pernah beraksi bersama kelab Real Zaragoza, Espanyol, Villarreal, Marseille dan juga Liga Saudi Pro, Al-Nassr.
![JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka
![JDT bakal uji PSG JDT bakal uji PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738369307_TBTMJ.jpg)
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
![TFC tempang hadapi JDT TFC tempang hadapi JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738294888_BadrulAfzanRazali.jpg)
TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.
![Ketumpulan penyudah punca TFC tewas Ketumpulan penyudah punca TFC tewas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737859302_TerengganuFC.jpg)
Ketumpulan penyudah punca TFC tewas
Badrul Afzan amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.