BESUT:"Jangan jadi seperti aku... telah ditinggalkan isteri dan tidak lagi bertemu dengan anak hanya kerana terlalu ketagih, jadi 'hamba' dadah," kata seorang pemuda yang sedang menjalani rawatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di sini.
Fais, 30, (bukan nama sebenar) berkata, dia mula terjebak dengan dadah pada usia 15 tahun dan ketika itu masih bersekolah, tanpa diketahui keluarga.
"Ia berpunca daripada pengaruh 'tidak sihat' kawan sewaktu remaja hingga menyebabkan saya sukar meninggalkan dadah jenis pil kuda. Mula-mula kawan bagi cuba kononnya untuk kurangkan tekanan dan tahan mengantuk.
"Rupa-rupanya sudah hampir 14 tahun terus jadi ketagih, sehinggalah saya ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tahun lepas," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, baru-baru ini.
Menurut Fais, bekas isterinya dapat mengesan ketagihan yang dihidapinya hanya beberapa bulan selepas mereka berkahwin pada 2018 dan perpisahan dengan isterinya tahun lepas membuatkan dia tersentap dan bertekad untuk berubah.
"Mungkin setelah segalanya berubah, saya akan ada peluang berjumpa dengan anak perempuan yang kini sudah berusia dua tahun," kata Fais yang pernah bekerja sebagai pengecat kereta.
Fais berkata, pada peringkat awal dia hanya mengambil sebiji pil kuda sehari, namun lama kelamaan memerlukan sehingga lima biji sehari dengan kos sekitar RM50 dan disebabkan itulah dia sering mengalami masalah kewangan.
Meskipun begitu, dia mengakui, tidak pernah melakukan jenayah ataupun mencuri wang orang lain untuk membeli dadah, sebaliknya, perlu bekerja keras tanpa mengira waktu.
"Ini merupakan kali pertama saya ditangkap dan di tempatkan di pusat pemulihan. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalu seterusnya membina kehidupan baharu," katanya yang bersyukur mendapat bimbingan daripada pihak Puspen.
Fais yang akan dibebaskan tidak lama lagi seterusnya memuji pelbagai usaha yang diambil kerajaan bagi menggalakkan majikan untuk mengambil bekas banduan sebagai pekerja seperti tawaran potongan cukai buat mereka.
"Usaha ini akan menggalakkan lebih ramai majikan menggaji orang seperti saya bekerja, sekali gus membuatkan bekas penagih tidak merasa tersisih serta diterima dalam masyarakat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Hanya kerana dadah, Fais ditinggalkan isteri serta tidak berpeluang bertemu anaknya yang berusia dua tahun. - Gambar hiasan BERNAMA

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

Dadah bernilai RM5.88 juta dirampas, penjaga stor dan 'runner' ditahan
Dengan hanya bekerja sebagai penjaga stor dan menjadi runner, tiga lelaki ini mampu meraih gaji bulanan antara RM3,000 dan RM3,000.

Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.

16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.

Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin
Melalui pindaan itu, mereka yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan untuk rawatan akan dirujuk terus kepada pegawai pemulihan AADK.

Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah
Pada saat warga emas lain berehat menghabiskan sisa usia, seorang wanita warga emas berdepan mimpi ngeri apabila diperlakukan seperti hamba abdi oleh anaknya sendiri.

Gigit lengan polis, penganggur didenda RM2,000
Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.

Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.