Pesakit kanser dinasinati supaya tidak menjadikan rawatan alternatif atau perubatan homeopati sebagai rawatan utama , kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata sehingga kini ini tiada kajian membuktikan perubatan homeopati dapat merawat kanser berbanding rawatan di hospital yang telah diluluskan terbukti mampu mengubati penyakit kanser.
"Pesakit perlu faham tujuan rawatan alternatif ini. Sebagai contoh, rawatan kanser payudara ada bukti saintifik ia boleh dirawat melalui pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan ubat spesifik yang jelas telah buktikan kemandirian untuk pesakit.
Untuk rawatan alternatif, ia cuma membantu jadi jangan gunakan rawatan alternatif atau homeopati sebagai rawatan primary (utama), jangan. Ia boleh membantu semasa pesakit menerima rawatan daripada hospital," katanya ketika berucap di majlis perasmian Program Kesedaran Kanser Wanita dan Kesejahteraan Keluarga peringkat Parlimen Gopeng di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata selain menjalani rawatan di hospital, sokongan daripada keluarga dan masyarakat amat diperlukan bagi dapat membantu pesakit kanser melalui saat genting tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Narimah Awin berkata mengikut data pihaknya, sejak ujian saringan mamogram secara percuma dilancarkan pada 2007 hingga 30 Jun lepas hanya 368,786 wanita memanfaatkannya.
Katanya daripada jumlah itu, 43 peratus adalah daripada kaum Cina, 39 peratus Melayu dan sembilan peratus, India.
"Daripada 368,786 wanita yang telah melakukan saringan, seramai 39,861 perlukan penyiasatan lanjut, manakala 705 positif kanser dan selebihnya normal," katanya sambil menasihati wanita agar meningkatkan kesedaran melakukan ujian saringan kanser.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019

Sehingga kini ini tiada kajian membuktikan perubatan homeopati dapat merawat kanser berbanding rawatan di hospital yang telah diluluskan terbukti mampu mengubati penyakit kanser. - Gambar hiasan

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.

Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Sebelum ini Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.

Bintang 'Cheers' Kirstie Alley meninggal dunia
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.

Keluarga rayu bantuan perubatan RM250,000, rawat anak barah tulang
Malah penyakitnya itu turut mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, sama seperti kanak-kanak sebayanya.

Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).

Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia
Allahyarham dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.

Vaksin COVID-19: Pesakit kronik nekad ambil suntikan
Peningkatan kes COVID-19 dengan pelbagai varian baharu ketika ini mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk golongan pesakit kronik.

Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.