Bak kata pepatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta", begitulah boleh dikaitkan hubungan rakyat dengan negara. Jika rakyat tidak kenal dengan tanah airnya, masakan wujud perasaan hormat, cinta dan taat setia kepada negara.
Krisis identiti yang berlaku dalam kalangan rakyat di kebanyakan negara menyebabkan semakin ramai tidak memahami siapa diri mereka dan peranan serta tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan.
Pakar Sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, keadaan akan bertambah parah apabila rakyat tidak tahu asal usul dan memahami sejarah tanah air khususnya, generasi yang dilahirkan selepas merdeka yang tidak melalui proses negara mencapai kemerdekaan.
Ramlah, bekas profesor di Universiti Malaya menjelaskan, keadaan akan menjadi lebih membimbangkan apabila fakta sejarah banyak diputarbelitkan dengan memberi interpretasi baharu terutama dalam mata pelajarah Sejarah yang diajar di sekolah.
"Topik-topik yang terdapat di dalam buku teks Sejarah yang ada sekarang juga terlalu berat terutama bagi pelajar Tingkatan Tiga dan Tingakatan Empat dengan penyampaian yang tidak menarik minat pelajar untuk memahami dan belajar sejarah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau yang telah membuat kajian perbandingan buku teks Sejarah Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat terbitan terdahulu dengan terbitan terkini (tahun 2019 dan 2020) mendapati, topik dan silibus dalam buku teks terbaharu bukan sahaja terlalu berat, malah penghuraiannya juga terlalu meluas dan mendalam.
Ini termasuk topik sejarah negara-negara luar yang agak membebankan guru dan murid untuk memahaminya.
Jelas beliau, berbanding buku terbitan sebelum ini, topik yang diketengahkan memberi fokus tentang sejarah tanah air daripada kisah awal pengasasan empayar kerajaan Melayu Melaka, perjuangan menentang penjajah sehingga pembentukan Malaysia.
Beliau berkata fokus pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah perlu diberikan kepada sejarah tanah air kerana ini akan membantu dalam pembentukan jati diri dan patriotisme rakyat, bukannya topik-topik sejarah negara luar yang tiada kaitan dengan negara kita.
"Sekiranya pelajar-pelajar ini tidak memahami sejarah tanah air, mereka akan membuat andaian daripada bahan bacaan luar dan tidak bersandarkan fakta," katanya yang memandang serius isu berkenaan.
"Apabila pelajar membaca pendapat-pendapat luar yang bertentangan dengan buku teks, maka mereka akan bertambah sesat tentang sejarah," katanya menambah keadaan akan lebih buruk jika guru yang mengajar sejarah tidak berkemahiran dan tidak mengambil opsyen Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah merupakan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sejak 2013. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai sejarah negara.
Ramlah yang telah menghasilkan 22 buah buku PdP di universiti turut tidak bersetuju apabila tokoh perjuangan kemerdekaan negara tidak ditonjol dan dikisahkan lebih mendalam dalam buku teks Sejarah edisi baharu Tingkatan Empat.
Katanya, apabila berbicara tentang nasionalisme, tidak dapat lari daripada membincangkan tokoh-tokoh tempatan yang menentang Inggeris antaranya pahlawan Iban Rentap, Dol Said, Sharif Masahor, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut atau Abdul Rahman Limbong.
"Tokoh dari negeri-negeri inilah yang membawa wujudnya negara kita hari ini. Ia perlu ditonjolkan kepada generasi baharu agar mereka kenal siapa pejuang kemerdekaan sekali gus meningkatkan semangat cinta mereka kepada negara," katanya.
"Jika dulu buku sejarah banyak menonjolkan tokoh pahlawan tempatan, tetapi dalam teks Sejarah yang baharu kini, ia (maklumat tokoh tempatan) ini dibuang. Apa yang tinggal? Sedangkan kita bercakap tentang nasionalisme," soal beliau.
Menurut Ramlah, banyak fakta yang cuba dipadamkan dari dalam buku teks Sejarah terutama tentang UMNO yang merupakan sebuah pertubuhan yang berjaya menyatukan orang Melayu di peringkat kebangsaan pada 1946 hingga membawa kepada kemerdekaan negara.
Jelas beliau, fakta sejarah tidak boleh dipadamkan hanya disebabkan berlainan pegangan politik dan fakta itu perlu terus kekal untuk diketahui generasi akan datang.
"Pandangan generasi muda hari ini sangat dominan dan mereka harus tahu fakta sejarah yang sebenar terutama melalui pembacaan dan penyelidikan," katanya mengakhiri perbualan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020

Ramlah berkata, fakta sejarah tidak boleh dipadamkan hanya disebabkan berlainan pegangan politik dan fakta itu perlu terus kekal untuk diketahui generasi akan datang. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jangan kelirukan generasi muda dengan interpretasi baharu sejarah - Pakar
Krisis identiti yang berlaku dalam kalangan rakyat di kebanyakan negara menyebabkan semakin ramai tidak memahami siapa diri mereka dan peranan serta tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan.