Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta semua pihak agar tidak memainkan isu agama dan menghina institusi rumah ibadat kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada negara.
Beliau berkata polis bimbang jika pihak tertentu terus menimbulkan isu berkaitan agama, ia akan membawa kepada ketegangan kaum.
"Jangan main isu keagamaan terutama melibatkan institusi rumah ibadat secara keterlaluan kerana ia boleh menjadi masalah negara. Setiap orang, termasuk ahli politik, sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu.
"Biar polis jalankan siasatan secara terperinci berhubung apa jua kes yang berkaitan isu keagamaan dan institusi rumah ibadat. Saya nasihatkan orang ramai jangan buat spekulasi atau tuduhan terhadap mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Rabu.
Mohd Bakri berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa insiden menghina agama dan institusi rumah ibadat, termasuk yang terbaru kejadian pihak tidak bertanggungjawab melempar seketul daging, dipercayai daging khinzir, di sebuah masjid di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dekat sini.
Berhubung kejadian itu, Mohd Bakri berkata kes itu dalam siasatan dan polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Vaterinar untuk mengenal pasti jenis daging berkenaan.
"Kami perlukan kerjasama orang awam bagi membantu siasatan kes itu...tanpa penglibatan mereka (orang awam) agak sukar untuk dapatkan bahan bukti," katanya.
Dalam kejadian Ahad lepas, seorang lelaki yang mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok menemui seketul daging yang mencurigakan di hadapan pintu masjid.
Mengesyaki ketulan sebesar dua tapak tangan orang dewasa itu daging khinzir, Saad Arop, 78, yang juga pembantu imam masjid berkenaan membuat laporan polis.
Bernama
Wed Feb 19 2014


Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Demonstrasi jalanan bukan penyelesai masalah - Bakri Zinin
Demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara.