Menteri Besar Kedah meminta semua pihak tidak mudah percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana tentang keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, semua pihak perlu mengelak daripada menyebarkan khabar-khabar angin tentang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga merupakan Sultan Kedah.
"Biarlah kenyataan datang secara rasmi daripada istana kalau ada sekalipun. Saya mohon kita jangan terlalu cepat percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program SEHATI 2015 anjuran Unit Keusahawanan Sosial MaGIC (Malaysia Global Innovation and Creativity Centre) di Dewan Seri Mentaloon di sini.
Pihaknya menurut Menteri Besar sudah dimaklumkan secara tidak rasmi tentang keadaan kesihatan terkini Yang di-Pertuan Agong.
Mukhriz mengulas khabar-khabar angin yang tersebar secara meluas terutamanya di laman-laman media sosial sejak malam semalam tentang keadaan terkini kesihatan baginda.
Bernama
Fri Oct 23 2015

MUKHRIZ: Saya mohon kita jangan terlalu cepat percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jangan mudah percaya berita tidak disahkan oleh istana - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, semua pihak perlu mengelak daripada menyebarkan khabar-khabar angin tentang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga merupakan Sultan Kedah.

Jet rasmi bukannya untuk kemewahan - Najib
Penggunaan jet rasmi bukannya untuk kemewahan tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

Agong jalani pemeriksaan di IJN, berkeadaan baik - Istana Negara
Istana Negara mengucapkan terima kasih atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda Tuanku.

YDP Agong akan hadir ke Pengebumian Negara Lee Kuan Yew
Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menghadiri upacara Pengebumian Negara mendiang Lee Kuan Yew pada Ahad.